Tuesday, 23 August 2016

Dangerous Fitrah

DISCLAIMER: Post nih tak memberi manfaat. Asif.

Basmallah.

Fitrah. Satu nikmat yang Allah kurniakan pada makhluk bernama manusia. Tanpa iman yang kuat, jujur fitrah boleh berubah menjadi fitnah. Nauzubillah. Kehilangan redha Allah lebih aku takut berbanding pudar nya kasih manusia. Yet, aku diciptakan bukan untuk meraih redha manusia but Sang Pencipta.

Wahai Pemilik Segala Hati, pandulah hati ini agar kekal di atas jalan-Mu. Jagakan hati serta fitrah ini agar tidak keruh dan karat dek hawa nafsu yang tiada berpenghujung.

Lenyapkan lah perasaan ini,
Andai ianya akan menjauhkan Kau dariku,
Andai ianya akan mengundang kemarahanMu,
Andai ianya akan membuatku lalai dgn Ibadatku,
Andai ianya akan menolakku ke dalam lembah kehinaan,
Andai ianya akan memudarkan cintaku kepadaMu,
Andai ianya akan membutakan hati ini,
Andai ianya akan melambatkan langkahku ke syurga,
Kerna,
Sebenar benar cinta adalah cinta yang membawa ke Syurga,
Bukan yang sebaliknya.

Izinkan ku mencintaiMu terlebih dahulu wahai Sang Pencipta sebelum Kau labuhkan cintaku kepada hamba-Mu. Perancangan-Mu lebih mengasyikkan dari cinta manusia yg sementara. Kuatkan hati ini, ya Rabb.

Friday, 12 August 2016

Failure

Assalamualaikum. Just completed Module 7 exam kat Securities Commission. Dengan itu, tamatlah sudah #ICMGTS14. Kinda sad but nak tak nak kena lah face the reality kann. Lagi sedih dgn result Module 7. I failed wehhh! Cry out loud.

To be honest, the moment aku received slip result tuh and I saw FAIL on it, broke my heart into pieces. To be worst, my nearest friend passed the exam. Jealous. Astaghfirullah. But I am still a human kot.

On the way back home from SC, I really made an effort to reflect myself and calm me down. Antara refleksi nya, ALLAH RINDU AKU. Why? Sebab lately I spent less time with Him compare to His creature.

Boleh jadi jugak Allah nak aku praktikkan apa yg aku baca baru baru nih. Buku tuh, buku pasal Sabar. Best sentence yg aku rasa sgt relate dgn situasi aku nih, "Tidak ada kegembiraan tanpa kesedihan." Lebih kurang lahh ayat nya. Haa kira dengan kesedihan gagal nih merupakan pre kegembiraan aku akan datang. InsyaAllah.

Apart from that, kalau nak dibandingkan dengan para Sahabat, ujian aku yg alaaa Gagal Module 7 nih serius lah macam kuman jea kot. Tapi baru kena ujian sekecil kuman nih pun dah kemain merudum emosi, sentap dengan member sendiri, hmm. Dah tuh kemain impian nak masuk syurga. Layak ke? Sedih lagi hmm.

Okay. Malam nih nak gerak ke Terengganu InsyaAllah. Moga emosi kembali sihat. Mohon 'Izzati sekuat namanya.