Assalamualaikum. Kan best kalau ada apps yang boleh directly update my blog whenever I monologue with myself. Why ? Because bila mana aku nak cerita balik apa yang aku monolog time dalam LRT, jalan, aku macam lupa mana nak start. For instance, post nih lah, Astaghfirullah. (fikir sat)
InsyaAllah aku try to recall back my monologue.
Kebetulan, tadi dalam Kelas Arab 2 Ustaz ada cakap yang nak ukur iman seseorang bukan berdasarkan pakaian tapi Qalbu, hati kita. Pesen kita zaman sekarang lebih arif dalam nilai seseorang hanya melalui pakaian. Contohnya, orang tuh lilit serban 21 kali sahih Ahli Syurga.
Syok untuk aku share moment moment yang aku teringat dalam LRT tadi waktu aku mula mula berjinak nak pakai baju Muslimah. It was during my secondary year, Form 5 at MRSM Langkawi. Antara budaya kat maktab tuh, kena pakai baju yang longgar dan besar. Jadi, segan yang teramat lah kalau kau (aku aku aku) yang macam lain budaya kat situ. Dah lah baru masuk, dah tuh buat otai pulak. Biasalah, ngadu kat parents lah apa lagi. I was given 3 Muslimah t-shirts to wear. Tapi aku tak pakai pun, aku bagi roomate aku yang rasmi kan dulu sebab dia kata cantik dan aku pun takde keyakinan lagi untuk pakai baju tuh. SERIUS! Dijadikan cerita, satu malam tuh ada perjumpaan kelas, aku pun macam tergerak hati nak pakai salah satu baju Muslimah tuh. And I did wear it during the meeting. Antara komen yang aku dapat dan masih ingat ialah, "Tengok baju Izzati dah macam langsirkan." Aku tak ingat apa yang aku rasa waktu aku dengar ayat tuh haha sebab nya pencakap tuh mmg suka cari pasal dengan aku. Alhamdulillah, aku tak mati kan niat aku untuk terus pakai baju Muslimah after receiving the comment.
Next stage is when the first time I started to wear scarf bidang 50. That was when Eidulfitri in 2013, two years ago Alhamdulillah. Dek kerana pakai tudung tuh waktu raya, maka takde lah kena usik atau bahan. Bila cuti raya dah habis, aku pun macam nekad lah nak switch bidang tudung dari 45 ke 50. Alhamdulillah waktu tuh Kampus aku dekat dengan Jalan TAR, banyak juga lah aku kumpul tudung Akel. InsyaAllah masih segar dalam otak aku, aku tengah nak pakai tudung Akel warna maroon, tengah belek belek depan cermin, datang kawan aku sorang dia macam nak cakap something. Tapi bila nampak aku pakai tudung yang agak weird-on-me, terus dia macam "Alhamdulillah ya Ustazah". Again aku tak ingat apa aku rasa. Tapi tapi ada satu insiden nih yang bagi aku lucu lah kot. Untuk sesiapa yang selalu pi Plaza Rakyat, mesti akan faham betapa annoy nya nak hadap setiap orang yang akan tanya, "Kak, nak balik mana?" Cuma ada sorang nih jea yang pelik. HAHAHA! Dia tanya, "Ustazah, nak balik mana ?" Aku seriuslah rasa macam kelakar gila weh, cara aku berpakaian macam ustazah sangat ke walhal waktu tuh aku pakai baju Muslimah, skirt dan tudung Akel jea kottt. Tapi sempat jugak lah aku cakap kat diri sendiri, "Takpe, ustazah untuk anak-anak aku insyaAllah." Aceeeeeh
Okay, enough with all the moments, the point is setiap orang ada ujian masing masing. Kita nampak dia bergembira dengan bebaskan rambut (baca: free hair) tapi kita tak tahu mungkin dia tengah bermatian matian nak struggle untuk mula tutup aurat. Indeed, Allah tak tengok permulaan sesorang kan. Pengakhiran tuh yang akan diambil kira. Moga kita sama sama tsabat (tetap) dalam cari Redha Allah SWT.
No comments:
Post a Comment