Saturday, 25 April 2015

Ostajah lah

Assalamualaikum. Kan best kalau ada apps yang boleh directly update my blog whenever I monologue with myself. Why ? Because bila mana aku nak cerita balik apa yang aku monolog time dalam LRT, jalan, aku macam lupa mana nak start. For instance, post nih lah, Astaghfirullah. (fikir sat)

InsyaAllah aku try to recall back my monologue. 

Kebetulan, tadi dalam Kelas Arab 2 Ustaz ada cakap yang nak ukur iman seseorang bukan berdasarkan pakaian tapi Qalbu, hati kita. Pesen kita zaman sekarang lebih arif dalam nilai seseorang hanya melalui pakaian. Contohnya, orang tuh lilit serban 21 kali sahih Ahli Syurga.

Syok untuk aku share moment moment yang aku teringat dalam LRT tadi waktu aku mula mula berjinak nak pakai baju Muslimah. It was during my secondary year, Form 5 at MRSM Langkawi. Antara budaya kat maktab tuh, kena pakai baju yang longgar dan besar. Jadi, segan yang teramat lah kalau kau (aku aku aku) yang macam lain budaya kat situ. Dah lah baru masuk, dah tuh buat otai pulak. Biasalah, ngadu kat parents lah apa lagi. I was given 3 Muslimah t-shirts to wear. Tapi aku tak pakai pun, aku bagi roomate aku yang rasmi kan dulu sebab dia kata cantik dan aku pun takde keyakinan lagi untuk pakai baju tuh. SERIUS! Dijadikan cerita, satu malam tuh ada perjumpaan kelas, aku pun macam tergerak hati nak pakai salah satu baju Muslimah tuh. And I did wear it during the meeting. Antara komen yang aku dapat dan masih ingat ialah, "Tengok baju Izzati dah macam langsirkan." Aku tak ingat apa yang aku rasa waktu aku dengar ayat tuh haha sebab nya pencakap tuh mmg suka cari pasal dengan aku. Alhamdulillah, aku tak mati kan niat aku untuk terus pakai baju Muslimah after receiving the comment. 

Next stage is when the first time I started to wear scarf bidang 50. That was when Eidulfitri in 2013, two years ago Alhamdulillah. Dek kerana pakai tudung tuh waktu raya, maka takde lah kena usik atau bahan. Bila cuti raya dah habis, aku pun macam nekad lah nak switch bidang tudung dari 45 ke 50. Alhamdulillah waktu tuh Kampus aku dekat dengan Jalan TAR, banyak juga lah aku kumpul tudung Akel. InsyaAllah masih segar dalam otak aku, aku tengah nak pakai tudung Akel warna maroon, tengah belek belek depan cermin, datang kawan aku sorang dia macam nak cakap something. Tapi bila nampak aku pakai tudung yang agak weird-on-me, terus dia macam "Alhamdulillah ya Ustazah". Again aku tak ingat apa aku rasa. Tapi tapi ada satu insiden nih yang bagi aku lucu lah kot. Untuk sesiapa yang selalu pi Plaza Rakyat, mesti akan faham betapa annoy nya nak hadap setiap orang yang akan tanya, "Kak, nak balik mana?" Cuma ada sorang nih jea yang pelik. HAHAHA! Dia tanya, "Ustazah, nak balik mana ?" Aku seriuslah rasa macam kelakar gila weh, cara aku berpakaian macam ustazah sangat ke walhal waktu tuh aku pakai baju Muslimah, skirt dan tudung Akel jea kottt. Tapi sempat jugak lah aku cakap kat diri sendiri, "Takpe, ustazah untuk anak-anak aku insyaAllah." Aceeeeeh

Okay, enough with all the moments, the point is setiap orang ada ujian masing masing. Kita nampak dia bergembira dengan bebaskan rambut (baca: free hair) tapi kita tak tahu mungkin dia tengah bermatian matian nak struggle untuk mula tutup aurat. Indeed, Allah tak tengok permulaan sesorang kan. Pengakhiran tuh yang akan diambil kira. Moga kita sama sama tsabat (tetap) dalam cari Redha Allah SWT.

Monday, 20 April 2015

Attention Seeker

Assalamualaikum. Pernah tak ada rasa macam cemburu secara tetiba bila kawan rapat hampa (baca: korang) being attached to other friend of yours ? Jujur aku pernah. Rasa macam kawan aku tuh curang dengan kasih sayang yang aku curahkan. Hahaha! I know this sound weird but I did feel like that thought. Again, blame the nature of being a human (Astaghfirullah), aku lupa yang kawan aku tuh pun Allah pinjamkan sekejap cuma. Bila tiba masa Dia akan ambil balik hak Dia.

So, supposedly bila kita tahu yang sesuatu benda tuh bukan hak kita, kita akan tend to be not overly attached to that particular object to avoid from breaking your own heart into pieces. Amboi sangat ayat haha. 

Apa yang aku ter-refleks kat sini ialah pernah tak aku rasa cemburu macam apa yang aku rasa tuh bila nampak orang lain bermaksiat dengan Allah?! Haaa kenapa kat situasi macam tuh aku boleh pandang kosong jea dan tak rasa apa. Iman, Sis! Iman! Iman! Sepatutnya, aku kenalah cemburu dengan orang yang cuba carik perhatian Allah. Tapi bukan takat cemburu jea, bangun dan pulunlah jugak kejar perhatian-Nya.

Weh, bahagia hidup kau kot bila dapat perhatian Allah. Alaaa, macam aku bahagia (yeke?) bila dapat perhatian daripada kawan rapat aku tuh lah. to be truth aku rasa macam malu tetiba haha. Tapi kita manusia lebih terikat untuk tarik perhatian manusia daripada yang Maha Esa. Kenapa ? Jawap sendiri please.

Bak kata Prof Dr Muhaya,

Cari redha Allah bukan redha manusia. Sebab nya manusia takkan pernah puas, thus kau akan kecewa kelak bila pulun cari redha manusia.  
InsyaAllah bila hubungan dengan Pencipta Manusia kuat, hubungan dengan manusia akan jadi mudah. Allah juga yang berkuasa atas makhluk-Nya. Dia yang melembutkan hati hamba-Nya. W'Alam. moga kita semua masuk Syurga dengan Redha-Nya, Aamin. Doakan aku weh.

Thursday, 2 April 2015

Nak jugak, please

Assalamualaikum. Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah pinjam kan (pinjaman kesihatan kulit aku dah kembali! Alhamdulillah) tapi entry kali nih bukan lah nak cerita pasal cara cara aku berubat ke apa. Tak ! Tak ! tuh semua atas izin Allah.

Pernah tak korang rasa macam kenapa kawan kawan korang atau sesiapa kat keliling korang macam ada tuh nih, dan kau takde ? Ke aku sorang jea yang Astaghfirullah. Hmm. Tapi serius lah aku ngaku yang aku kadang (or usually) ada rasa macam tuh. I know I shouldn't but after all I'm still a human. 

For the sake of being human jugak, aku lupa yang Allah tuh sebaik-baik Planner. 

Baik kat orang, belum tentu baik kat kita kan. 

Contoh mudah macam nak beli lipstik lah (girly sangat aihh). Kawan aku pakai lipstik kod Amsterdam, Sexy, Berry kena elok jea kat bibir dia. Bila time aku pakai dia jadi macam Euwww bwuekkk grrrr nak muntah tgk diri sendiri haha. No! This is real. Memang tak suit at all lah the color dgn kulit aku,

Haa macam tuh jugak lah dengan any situation yang berlaku kat aku kan. Mungkin rezki aku bukan kat markah tugasan, atau pointer CGPA. Mana tahu Allah nak rezki kan aku zauj yang soleh, tempat kerja yang best, kesihatan yang berpanjangan, Aamiin. Kan Allah dah janji kalau hamba-Nya bersyukur, Dia akan bagi lebih lagi. maka syukur, Alhamdulillah.