Friday, 4 December 2015

Melekat sangat (Overly attached)

Baru berkesempatan nak publish ngeh ngeh.

---

Travel from Ipoh, Perak to KL is a routine recently. Yelahh, ada satu kelas jea seminggu untuk 4 bulan nih. Membazir lah kan kalau stay kat KL; duit sewa bilik, duit makan, duit kenderaan. Selalu nya akan gerak dari Ipoh hari Jumaat. Tumpang kasih kat rumah kawan semalaman, esok pagi terus gerak ke kelas yg berdurasi 3jam sahaja. Tapi minggu nih, ada satu event kat Sasana Kijang yg berkaitan dgn kerjaya on Tuesday. Maka terpaksa lah gerak ke KL hari Isnin ptg.

Dijadikan cerita, bas aku sampai jauh lebih awal daripada bas kawan aku. Sebagai sahabat yg SubhanaAllah baiknyaaaa, aku pun tawarkan diri menunggu beberapa jam bergalaskan beg galas yg agak berat. Sebenarnya, aku willingly tunggu pun sebab tak nak bayar taxi fare sorang sorang. Rugi meh. Sharing kan lebih baik. Gituuuhhhh.

Niat untuk solat jamak takdim Maghrib Isya memandang kan kawan aku tuh lama lagi nak sampai. Biasalah surau kat LRT nih kan sempit sempit belaka. Tapi okay lah kalau nak solat. Langkah kanan aku ke dalam bilik surau tuh disambut dgn pelawaan sorang adik nih, "masuklah." (Dia tak pelawa pun aku mmg akan masuk) The moment aku nak letak beg galas yg berintikan bata nih, dia dtg dekat terus peluk aku sambil kata, "akak nih kan yg solat kat surau KL Sentral?" Aku macam bukan aku jea kot yg solat kat situ kan 😅 Opah dia pun pelik bila dia peluk aku tak nak lepas. Nak solat kan, kena lah berwuduk sebab aku tak yakin setelah berhimpit dlm LRT. Adik tuh terus cakap kat opah nya yang dia terkentut then kena amik wuduk lagi. Yang best adik tuh siap request nak dukung dari surau ke toilet, dari toilet ke surau. Mujur ringan. Kalau tak, bersepai jugak tulang aku. Manja sungguh lah adik tuh dengan aku. Sampai aku nak pakai tudung pun dia nak pin kan. Kalau adik kandung aku buat perangai macam tuh dah lama aku kasi jelingan you-should-stop-whatchu-are-doing-now.

Sungguh lah Allah uji aku utk bersabar haha. Time solat lagi lah. Setiap perbuatan dia akan dongak tgk muka aku. Macam adore habis lah. Ada lah jugak dia bisik kat aku, "akak nih comel lah." MashaAllah hadza min fadhli rabbi.

Nak balik tuh dia bersungguh sungguh lah nak mintak nombor telefon bimbit aku. Aku pun layan kan jea lah. Opah nya kata adik tuh anak yatim. Part klimaks nya ialah bila dia mintak aku tlg save kan nama aku sebab dia tak tahu eja lagi. Aku tanya lah, "nak save apa nih?" "Nama akak lah." "Okay, Izzati." "Buat lah Izzati PRINCESS." HAHAHA lucu tak? Aku tergamam nak Innalillah kot. "Kenapa nak kena ada Princess nih?" "Alaaa buat lah Princess." Aku pun menurut lah perintah. Sempat lah kami berselfie berkeping keping images dlm gallery nih. Tapi muka aku semua langsung tak menggambar kan princess HAHAHA. Sayu.

Atas tujuan apa aku bercerita panjang lebar nih ? Bukan lah nak bangga ada org notis aku nih layak jadi princess. (Mohon azan kat telinga) Tapi untuk aku refleks balik lah. Kan setiap benda yg berlaku tuh aturan Allah. Maka mmg Allah dah atur baik punya utk aku menabur sedikit kasih kat adik yg tak beribu mahupun bapa. Mungkin jugak cara Allah nak tegur aku supaya jangan terlalu menolak sifat melekat (baca: clingy) adik bongsu aku. Sebab semelekat melekat dia, dia tak mintak kau dukung dia. Alhamdulillah.

Sunday, 25 October 2015

Qanaah, awak kat mana ?

Alhamdulillah ptg tadi got a chance to meet a sister of mine. Makin matured corak perbualan kami. Our spending also matured (cry) Topic that we're focusing on was "how to have our flawless faces back?!" (Purposely put !)(Sorry, it was abt Duniawi hmm) As we both are facing same problem that is having flawed faces.

Astaghfirullah, could not deny everytime ternampak perempuan yang cantik, flawless mmg rasa insecure and macam aaaaaa cantik nya dia. Then balik rumah duduk bucu katil, nangis. Haha tak tak low self-esteem jea insyaAllah. Lumrah manusia kan suka kan kecantikan. Tambah lagi seorang gadis remaja yang macam aku nih haa.

Aku rasa the main thing kenapa aku mudah low confidence dgn diri aku sendiri ialah sebab tiada nya sifat QANAAH (merasa cukup) dalam diri. Sebab tuh lah aku terlalu syok membanding banding kan apa yg aku takde dengan apa yg org lain ada. Bila dah kemaruk compare baru lah nak rasa aaa kenapa kulit dia licin kenapa aku tak whatsoever (jangan lakukan dlm kehidupan seharian pls, so a not good example)

As my previous blog, I did mention an analogy about lipstick color yang mana certain ppl suit with this kind of color while others may not. Logically believed, that analogy also applicable in growing Qanaah. Percaya dan yakinlah. Allah tuh kan Maha Adil. Setiap orang ada kelebihan jugak kelemahan yang di anugerahkan. Cuma the way orang tackle weaknesses jea difference.

The nearest example I can pitch is mine lah of course (ihikkss). Aku terlalu emphasize kan weaknesses yg aku ada cth nya Allah uji aku dgn kehadiran dua ketul jerawat besar bakhang kat tgh dahi atas sikit kening kanan (temporary insyaAllah), pigmentasi yang masih gharar (tak pasti) kesudahannya. Selalu sgt assume weaknesses kita tuh as ujian walhal nikmat sihat yg Allah bagi tuh pun ujian jugak kannnn. Muhasabah balik.

Kalau aku cerita kat ibu pun solusi yang akan diutarakan, "bab Dunia tgk org yg lagi bawah dari kita. Bab Akhirat baru compare dgn org yg lagi hebat amalnya." But like usual lah, to walk the talk serius lah tak mudah. Sebab apa ? Sebab Dunia dah kita (eh kita pulak, kfine aku) letak kan kat hati dan bukan Akhirat. PANG! PANG! PANG!

W'Alam.

Sunday, 11 October 2015

Blueticked lagi !

When u re at the worse state or condition, u totally need someone to share with. Cant meet up due to distances. The only way to contact is via whatsapp. BUT the response u got was BLUETICKED. Nahhh! Auchhhhhh nya toksah cakap lah kan.

The feeling bila kena Blueticked masha Allah dia punya blur tak tahu nak rasa macam mana tuh hanya Tuhan jea yang tahu. Semua tak terkecuali. Yes, SEMUA. Termasuk lah group Usrah sekali pun. Sedih.

Tapi dalam kena blueticked tuh, masih pulun jugak mencari MANUSIA yg boleh blueticked dan reply kita kan. Indeed, kita pun Manusia kan. Tak boleh lari.

Walhal ada jea satu source yg tak payah susah nak taip luahan hati -- blueticked -- wait for the reply. Cukup dengan ambil wudhu -- bentang sejadah -- solat dua rakaat -- NANGIS PUAS PUAS. This remedy is totally helpful for me eventho i always take other initiatives before taking this remedy. I am also a human kan. Ampun.

Not only u will waste (spend wisely i guess) ur air mata but u will rasa dizzy after crying (haha poor u)(actually it is me not you hmm) insyaAllah with His permission u may feel ease at least. Kira not only get bluetick but also get replied from The AlMighty. Indeed He is the Most Helpful. By remembering him heart will be calm, insyaAllah.

Sunday, 4 October 2015

Kepastian yang dipinggirkan

Assalamualaikum. Aku sangatlah tak gemar kalau setiap benda yang akan buat takde kepastian (or planning). Mungkin lah sebab aku nih IFP students haha. Setiap kali nak ke mana, aku lagi prefer orang tuh state kan masa supaya aku boleh bajet masa aku. If not my mood will spoil. Tapi my mom selalu (baca: SELALU) nak ke mana without stating the time. Bila tanya nak pi kul berapa. Her reply will be siap siap nih gerak lahhhh. And aku serius lah can't digest kot dgn benda macam nih. Maka aku pun akan bersiap siap macam biasa lah sebab no time limit.

Mungkin sebab kan aku memerlukan kepastian, everytime I go travel (acah gila walhal baru dua ke tiga kali jea haha) aku dan kawan (Alhamdulillah budak IFP jugak) akan plan baik punya. Dari belanja, tentatif, hashtag dan tak lupa jugak untuk leverage the tasks. Kan gharar tuh tak dibenarkan dalam Islam. Even dalam finance pun tiga benda yg diharamkan dalam Islam ialah maysir (judi), riba (interest) dan gharar (uncertainty). Apalah guna belajar tetapi tidak beramal dengan ilmu kan. Sebab tuh lah kalau apa apa aku akan perlu kan KEPASTIAN bersama.

Tapi satu benda yg aku (ke korg pun) lupa akan kesahihan kepastiannya. Mesti tahu kan apa aku nak cakap. Hmm tahniah lah utk yg tahu (sedar diri pls, bukan ada yg baca haha) Yes. Kepastian yg sejak azali kita tahu but kita buat tak tahu pasal nya ialah KEMATIAN atau kata orang putih nya Death. Aku tahu aku akan mati tapi masih pulun gatal merelik tentang dunia yang tak sudah. Dah tuh tiap kali sembang dengan kawan topik gharar yg selalu akan dibangkit kan ialah bila kau nak kahwin ?

Pusing lah macam mana sekali pun aku tetap manusia biasa yang sering alpa. Jodoh ajal maut rezki sesorang rahsia Allah tapi ajal maut memang akan bertemu setiap orang yg bernyawa walhal jodoh TAK PASTI. Jadi kenapa KEPASTIAN yang satu ini dipinggir kan ? Jawap sendiri pls.

W'Alam.

Wednesday, 12 August 2015

Amboiiiii kau

Assalamualaikum. Pagi tadi aku ada pembentangan kat UNIRAZAK pasal Internship lah. Cuma yang beza nya instead of sharing what I did during the internship, I shared to the students of the outcome from my internship (haha macam gempak jea kan)

Alhamdulillah the presentation went well even though i did gugup cuak, hall still empty at 10 am. Atas izin juga pertolongan Allah, I managed to go through today with ease Alhamdulillah. WaAllahi today I felt thankful sampai rasa macam nak peluk jea setiap sorang yg dtg tadi haha. Mujur boleh kawal.

Ehhh. Aku update blog nih bukan nak cerita pasal presentation aku sebenar nya tapi macam nak share satu picisan yang terkena kat hidung tak bertulang aku.

Alkisahnya, tadi selepas presentation, supervisor aku ada short meeting dgn lecturer aku untuk evaluate internship aku lahh. On the way back to office, I asked lah what happened during the evaluation. Supervisor said dia comment lah my weakpoint is communication. Justification dia bagi -- 1. Aku refuse nak follow dia to mingle around with people from fund houses (seingat aku sekali jea kot aku refuse eh ke dua) 
2. Internal communication among staff, yang nih mmg aku tak boleh terima sebab dia kata aku supposedly lunch dgn semua org dlm opis. Serius lah! Tak ke staff tuh ingat aku buang tabiat. Hish! Aku malas nak menyangkal balik jea memandangkan ada lagi sorang adviser yg sekali dgn kitaorang waktu tuh. Bukan nya aku tak bertegur dengan semua staff dalam opis tuh hmm. (Harap supervisor baca haha)(harapan sangat kau kak)

After spitting out all the justifications, he came out with recommendation supaya aku BREAK MY COMFORT ZONE. MashaAllah SubhanaAllah. Terus macam aku tersedar ter-refleks yang jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Macam tak kena pulak kan haha tapi takpe lah. Maksud aku macam nih, kita (aku kau dia) tak boleh tau (baca dengan bernada) assume orang tuh takde mehnah (ujian) kalau ada senyum simpul terukir dibibir nya. Sebab kita tak tahu apa yg dipikul di sebalik senyum yg terukir. Same goes lah, jgn sangka orang tuh happy happy in current situation, she's in her comfort zone (aku cakap pasal aku nih). I had pushed myself very hard to go out from comfort zone kot since the day I knew I need to stay with strangers (currently new friends Alhamdulillah), go intern ALONE for three months. Took time to adapt with new surrounding --> Alhamdulillah can adapt --> being asked to go out from the comfort zone --> APAKAH

Ibrahnya kat sini yang aku nak tekan kan ialah tak sepatutnya kita dengan hati yang suka suruh orang lain keluar dari comfort zone kalau kita tak tahu comfort zone dia macam mana. Haa semat dalam hati ye semua (Acah gila macam ada yang baca haha)

W'Alam.

Sunday, 9 August 2015

Cela

Assalamualaikum. Sebelum kembali pada Allah malam nih (tidur InsyaAllah), saja nak update blog sementara ter-refleksi diri.

Biasalah sebelum nak tidur, kena belek belek muka kat cermin, tampuk cream yang patut. Cuma malam nih aku macam belek melebih pulak bila rasa pigment kat pipi makin jelas. Merudum emosi. Luntur keyakinan diri.

Astaghfirullah. Aku lupa. Nak masuk syurga bukan rupa paras syaratnya. TAKLAH! Moga Allah hadirkan aku sifat qanaah (cukup) agar aku sedar dan syukur yang cela kat pipi aku nih bukan punca dari dosa kau (yakin jea aku haha) tapi based on research yg aku buat kat Google haruslah punca pigmentasi nih sebab terdedah cahaya matahari. Kulit lagi sensitip dari Hati.

Alhamdulillah setiap dosa maksiat yg dilakukan kat muka bumi nih, Allah tak bocor kan pada manusia lain. Andai lah, setiap kali kita buat dosa maksiat kat Allah setiap tuh jugak akan ada satu cela timbul kat muka. Astaghfirullah, mungkin yg nampak hanya gigi aku. Waktu tuh pakai lah produk keputihan berguni guni, suntiklah segala vitamin berjarum jarum takkan dapat hilangkan cela kat wajah jika punca nya DOSA. Penawarnya hanyalah TAUBAT.

Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. Baik kan Allah. Takpe lah. Tak cantik kat mata manusia moga cantik di sisi Pencipta.

Wednesday, 29 July 2015

Pudar

Assalamualaikum. Tsiqah (kepercayaan). Jujur, sangat takut bila mana tsiqah orang kat aku pudar macam mana aku rasa makin pudar tsiqah kat orang lain especially ikhwah. HOI PI TSIQAH KAT IKHWAH TUH APAHAL?! IKHTILAT IKHTILAT! MashaAllah sabar sabar. Aku tsiqah kat ikhwah bukan lah tsiqah yang tangkap cintan tuh hish Nauzubillah. InsyaAllah tsiqah sebagai hambaNya. Lagi, sebab aku takut kalau orang lain makin kurang tsiqah kat aku bukan lah nanti aku dah tak famous (laaaa famous ke pun sekarang haha) tapi maksudnya perbuatan aku tak selari dgn apa yg aku sampai kan, Nauzubillah.

Kisah benar yg aku perasan:

#1 Seorang yg selalu ingat kan orang lain utk boikot barang Israel siap buat video bagai tapi aku ternampak satu post dia gambar bekas minuman Starbucks. Jujur! Lama jugak aku tatap gambar tuh tak percaya. Jenuh jugak aku berhusnuzon kot lah dia buat sendiri bekas minuman tuh W'Alam. Sebagai saudara seagama, jujur aku sedih andai benar.

#2 Seorang yg rajin pergi majlis qasidah, majlis ilmu malah mengetuai persatuan keagamaan tapi ikhtilat dgn akhawat tak dijaga, or kata mudah terjebak dgn couple. Macam mana weh aku nak maintain tsiqah Astaghfirullah.

Antara ujian terhebat Allah yg serius aku takut ialah tak beramal dengan apa yang disampaikan (terpaksa exaggerate untuk pahat kata kata nih dalam kepala). Ya Latiff Ya Latiff. Moga Allah maaf kan segala kelalaian aku. Moga Allah jentik aku sekuatnya supaya aku sedar aku buat salah. Moga Allah bagi petunjuk kat mereka mereka yang alpa. Aamiin.

Sunday, 5 July 2015

Birthday present

Alhamdulillah pagi nih bertarikh 5 Julai, genap 21 tahun Allah beri peluang untuk terus perbaiki diri.

Jujur pada awal perancangan, minggu nih aku tak balik Ipoh sebab niat di hati nak ikut serta program Perawi 2015 kat Masjid Wilayah Persekutuan hari nih. I was so excited bila dapat iktikaf kat masjid on my birthday. Feel like Allah gives me an invitation as my birthday present.

Indeed, Allah knows more. Early in the morning, before getting ready I received a whatsapp from a sister who will tumpang kan me to the mosque saying that she unable to pick me and go to the mosque as her body temperature is high. (Please make a duaa for her recovery)

Consequently, I also unable to join the programme due to the transportation problem ()
WaAllahi I feel upset because Allah had shortlisted the participants and me is not in the list. Astaghfirullah. May Allah forgive all my bad doings that have block me to accept his invitation. W'Alam.

-------

Sorry for late update. SubhanAllah, at the end I able to join the programme even though not joining for all session but still I'm glad that Allah chose me anyway.

The story was, after I updated the post above, I then left my hand phone in room and went outside to find some peace and calmness (I know sounds poyo but seriously I was totally upset kot, feel rejected) After gathering back my soul (buat poyo lagi)  I went to my room and check phone. 

Received a whatsapp from a sister asked either I still want to go to the programme or not as she was getting better. To conclude, I did go! Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Baik kan Allah. I'm in loveeee as I got my wanted birthday present yeahh!

Wednesday, 1 July 2015

Saf

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan lagi untuk aku terutamanya kembali kepada fitrah asal: Suci. Persoalannya, aku memanfaatkan tak peluang yang ada, 30 hari nih ? Malam nih dah 16 Ramadhan. Takpe, soalan tuh biar aku jawap sendiri. Hampa toksah tahu.

Apa yang ada kat bulan Ramadhan tapi takde kat bulan lain is Terawih. Common fact lah kan. Bulan nih lah yang mana masjid masjid meriah dengan manusia.

Tak, sebenarnya aku nak cerita pasal terawih kelmarin. Terawih kat surau means kau berjemaah lah kan bukan solat sorang. Bila berjemaah pesen (baca: jenis) aku kalau tangan aku tak touch bahu or siku makmum sebelah aku akan gerak atau pegang tangan dia tarik ke arah aku. Benda tuh aku assume as common and org akan faham but kelmarin w'Alam aku rasa macam mungkin lah orang tuh tak suka aku pegang tangan dia. Malu kot (tapi berlapik dengan telekung!) Lagi macam dukacita sikit is, sejurus selepas isya' after bersalaman dia bgn and duduk saf belakang. Aku macam aku buat salah ke ? Takpe husnuzon. Mungkin dia culture shock bila ada yang pegang dia, tak pun aku take space byk sgt ke (tapi aku kecik jea eh)

Alhamdulillah I able to reflect. Seriously aku terkesan kot sementara tunggu imam selawat before terawih. Aku fikir, mungkin dia sentap lah ke touching ke apa. As human kalau kau touching ke sentap dengan seseorang you can immediately stay away from that particular person kan. Kadang siap jeling tusuk kalbu. Tapi, Allah semurka Dia pun tetap bagi kita hirup udara secara percuma tanpa kena kan any cukai mahu pun servis cas (eh). Walhal kita nih lekeh gila kot. Apa jea yang ada weh? NOTHING! Tuh pun masih lagi nak bongkak, tinggi diri, sombong dengan Allah.

Baikkan Allah sebab Dia tak pernah tinggalkan hambaNya macam mana makmum kat sebelah aku tinggalkan aku. Felt rejected kot haha. It's okay, Allah sent the girl for reason InsyaAllah.

Maka, jom lah kita berduyun duyun manfaatkan peluang yang sekejap cuma. Doa kan aku jugak agar cakap serupa bikin. Selamat berusaha kembali kepada fitrah, InsyaAllah.

Thursday, 4 June 2015

Punca

Assalamualaikum. Alhamdulillah esok hari Jumaat, cukup lah seminggu aku ber-intern seorang diri kat StandardFA, PJ. Takdir Allah kan, pada awal perancangannya aku dan sahabat tak-boleh-pisah yang akan lalui hari hari internship bersama kat SFA. Takdir Allah jugak aku akan lalui hari hari internship aku seorang diri selama sebulan lagi. Hikmah yang aku berjaya korek ialah, akak akak kat SFA belanja aku makan tengahari hihi. From the first day kot. Moga Allah merahmati mereka, Aamiin.

Sebenarnya post kali nih bukan nak cakap pasal internship aku tapi untuk ketuk hati yang makin mengeras nih, Astaghfirullah.

Pernah tak be in a situation yang mana kau tak tahu apa yang patut kau rasa? Macam nak sedih, nak smirk pun ada jugak. Tapi at the end kau rebah, gagal kawal emosi. And at that moment, apa yang kau akan buat? Scroll whatsapp to find a potential person or group to share the problem? Come to the worst, you hope to get some spirit from that person but at last, you're provoked. Everything you do, tak kena. (Replace all the"kau" with "aku")

Lumrah manusia kan bila susah, gelisah, sedih baru nak cari punca. Tuhan. Tuh pun setelah puas ngadu kat orang lain kan. Remeh, tapi sebenarnya tuh lah antara cara nak tahu hubungan kita dgn Allah. Same goes lah, kenapa kita cari kawan baik dulu untuk kongsi kesedihan? Sebab kita rapat kan dengan dia. Bila dah ngam jea, kau akan selesa share stories (yang tak patut pun) dengan orang tuh kan. Ada ke orang yang akan share cerita dengan orang yang tengah tunggu bas atau penjual kebab kat pasar malam? Tak kan.

Recheck balik apa status kita dengan Allah. Harap nya masih in a relationship, InsyaAllah. Doakan aku supaya kuat harung ujian fi dunia. W'Alam. 


Saturday, 25 April 2015

Ostajah lah

Assalamualaikum. Kan best kalau ada apps yang boleh directly update my blog whenever I monologue with myself. Why ? Because bila mana aku nak cerita balik apa yang aku monolog time dalam LRT, jalan, aku macam lupa mana nak start. For instance, post nih lah, Astaghfirullah. (fikir sat)

InsyaAllah aku try to recall back my monologue. 

Kebetulan, tadi dalam Kelas Arab 2 Ustaz ada cakap yang nak ukur iman seseorang bukan berdasarkan pakaian tapi Qalbu, hati kita. Pesen kita zaman sekarang lebih arif dalam nilai seseorang hanya melalui pakaian. Contohnya, orang tuh lilit serban 21 kali sahih Ahli Syurga.

Syok untuk aku share moment moment yang aku teringat dalam LRT tadi waktu aku mula mula berjinak nak pakai baju Muslimah. It was during my secondary year, Form 5 at MRSM Langkawi. Antara budaya kat maktab tuh, kena pakai baju yang longgar dan besar. Jadi, segan yang teramat lah kalau kau (aku aku aku) yang macam lain budaya kat situ. Dah lah baru masuk, dah tuh buat otai pulak. Biasalah, ngadu kat parents lah apa lagi. I was given 3 Muslimah t-shirts to wear. Tapi aku tak pakai pun, aku bagi roomate aku yang rasmi kan dulu sebab dia kata cantik dan aku pun takde keyakinan lagi untuk pakai baju tuh. SERIUS! Dijadikan cerita, satu malam tuh ada perjumpaan kelas, aku pun macam tergerak hati nak pakai salah satu baju Muslimah tuh. And I did wear it during the meeting. Antara komen yang aku dapat dan masih ingat ialah, "Tengok baju Izzati dah macam langsirkan." Aku tak ingat apa yang aku rasa waktu aku dengar ayat tuh haha sebab nya pencakap tuh mmg suka cari pasal dengan aku. Alhamdulillah, aku tak mati kan niat aku untuk terus pakai baju Muslimah after receiving the comment. 

Next stage is when the first time I started to wear scarf bidang 50. That was when Eidulfitri in 2013, two years ago Alhamdulillah. Dek kerana pakai tudung tuh waktu raya, maka takde lah kena usik atau bahan. Bila cuti raya dah habis, aku pun macam nekad lah nak switch bidang tudung dari 45 ke 50. Alhamdulillah waktu tuh Kampus aku dekat dengan Jalan TAR, banyak juga lah aku kumpul tudung Akel. InsyaAllah masih segar dalam otak aku, aku tengah nak pakai tudung Akel warna maroon, tengah belek belek depan cermin, datang kawan aku sorang dia macam nak cakap something. Tapi bila nampak aku pakai tudung yang agak weird-on-me, terus dia macam "Alhamdulillah ya Ustazah". Again aku tak ingat apa aku rasa. Tapi tapi ada satu insiden nih yang bagi aku lucu lah kot. Untuk sesiapa yang selalu pi Plaza Rakyat, mesti akan faham betapa annoy nya nak hadap setiap orang yang akan tanya, "Kak, nak balik mana?" Cuma ada sorang nih jea yang pelik. HAHAHA! Dia tanya, "Ustazah, nak balik mana ?" Aku seriuslah rasa macam kelakar gila weh, cara aku berpakaian macam ustazah sangat ke walhal waktu tuh aku pakai baju Muslimah, skirt dan tudung Akel jea kottt. Tapi sempat jugak lah aku cakap kat diri sendiri, "Takpe, ustazah untuk anak-anak aku insyaAllah." Aceeeeeh

Okay, enough with all the moments, the point is setiap orang ada ujian masing masing. Kita nampak dia bergembira dengan bebaskan rambut (baca: free hair) tapi kita tak tahu mungkin dia tengah bermatian matian nak struggle untuk mula tutup aurat. Indeed, Allah tak tengok permulaan sesorang kan. Pengakhiran tuh yang akan diambil kira. Moga kita sama sama tsabat (tetap) dalam cari Redha Allah SWT.

Monday, 20 April 2015

Attention Seeker

Assalamualaikum. Pernah tak ada rasa macam cemburu secara tetiba bila kawan rapat hampa (baca: korang) being attached to other friend of yours ? Jujur aku pernah. Rasa macam kawan aku tuh curang dengan kasih sayang yang aku curahkan. Hahaha! I know this sound weird but I did feel like that thought. Again, blame the nature of being a human (Astaghfirullah), aku lupa yang kawan aku tuh pun Allah pinjamkan sekejap cuma. Bila tiba masa Dia akan ambil balik hak Dia.

So, supposedly bila kita tahu yang sesuatu benda tuh bukan hak kita, kita akan tend to be not overly attached to that particular object to avoid from breaking your own heart into pieces. Amboi sangat ayat haha. 

Apa yang aku ter-refleks kat sini ialah pernah tak aku rasa cemburu macam apa yang aku rasa tuh bila nampak orang lain bermaksiat dengan Allah?! Haaa kenapa kat situasi macam tuh aku boleh pandang kosong jea dan tak rasa apa. Iman, Sis! Iman! Iman! Sepatutnya, aku kenalah cemburu dengan orang yang cuba carik perhatian Allah. Tapi bukan takat cemburu jea, bangun dan pulunlah jugak kejar perhatian-Nya.

Weh, bahagia hidup kau kot bila dapat perhatian Allah. Alaaa, macam aku bahagia (yeke?) bila dapat perhatian daripada kawan rapat aku tuh lah. to be truth aku rasa macam malu tetiba haha. Tapi kita manusia lebih terikat untuk tarik perhatian manusia daripada yang Maha Esa. Kenapa ? Jawap sendiri please.

Bak kata Prof Dr Muhaya,

Cari redha Allah bukan redha manusia. Sebab nya manusia takkan pernah puas, thus kau akan kecewa kelak bila pulun cari redha manusia.  
InsyaAllah bila hubungan dengan Pencipta Manusia kuat, hubungan dengan manusia akan jadi mudah. Allah juga yang berkuasa atas makhluk-Nya. Dia yang melembutkan hati hamba-Nya. W'Alam. moga kita semua masuk Syurga dengan Redha-Nya, Aamin. Doakan aku weh.

Thursday, 2 April 2015

Nak jugak, please

Assalamualaikum. Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah pinjam kan (pinjaman kesihatan kulit aku dah kembali! Alhamdulillah) tapi entry kali nih bukan lah nak cerita pasal cara cara aku berubat ke apa. Tak ! Tak ! tuh semua atas izin Allah.

Pernah tak korang rasa macam kenapa kawan kawan korang atau sesiapa kat keliling korang macam ada tuh nih, dan kau takde ? Ke aku sorang jea yang Astaghfirullah. Hmm. Tapi serius lah aku ngaku yang aku kadang (or usually) ada rasa macam tuh. I know I shouldn't but after all I'm still a human. 

For the sake of being human jugak, aku lupa yang Allah tuh sebaik-baik Planner. 

Baik kat orang, belum tentu baik kat kita kan. 

Contoh mudah macam nak beli lipstik lah (girly sangat aihh). Kawan aku pakai lipstik kod Amsterdam, Sexy, Berry kena elok jea kat bibir dia. Bila time aku pakai dia jadi macam Euwww bwuekkk grrrr nak muntah tgk diri sendiri haha. No! This is real. Memang tak suit at all lah the color dgn kulit aku,

Haa macam tuh jugak lah dengan any situation yang berlaku kat aku kan. Mungkin rezki aku bukan kat markah tugasan, atau pointer CGPA. Mana tahu Allah nak rezki kan aku zauj yang soleh, tempat kerja yang best, kesihatan yang berpanjangan, Aamiin. Kan Allah dah janji kalau hamba-Nya bersyukur, Dia akan bagi lebih lagi. maka syukur, Alhamdulillah.

Tuesday, 17 March 2015

Kerana Wajah

Assalamualaikum. Sabtu Ahad lepas aku berkesempatan attend satu konvesyen yang majoriti nya kaum Hawa. Cuma nak bagitahu yang betapa sangatlah aku tak secure nya berada dalam kelompok mereka mereka yang SubhanaAllah cantik. 

Typical thought as human, Cantik tuh mesti merujuk kat mereka yang Tinggi, Putih, Gigi tersusun elok, muka flawless habis. Langsung tak adil kan. Tapi salah siapa ? Kita lah. Manusia. yang pandai pandai belaka mendefinisi kan cantik tuh khusus untuk mereka yang ada aspek aspek di atas. Nah! Bukan ler aku nak marah sebab wujud kan definisi terhad cantik nih. 

Malah bersyukur lagi, Alhamdulillah.

Sebab Allah tak pernah pandang semua tuh. nak masuk Syurga pun takde requirement sesorang tuh kena cantik fizikal. Kalau tak, aku might be antara mereka yang rasa macam hopeless hidup sebab nya tujuan hidup adalah utk cantik rupa paras semata. Tambah pulak sekarang kulit aku masih tak sihat. Sayu.

Ada terbaca gambar Whatsapp profile ibu, bunyi nya:

Tanda manusia sayang kita, dia beri perhatian. 
Tanda Allah sayang kita, Dia beri ujian

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Kadang aku lupa nak bersyukur yang Allah pilih aku dalam byk byk manusia utk tanggung sakit nih sebab Dia sayang aku, I'm the chosen one kot!

Okay. dah lupa nak cerita apa. Sambung lain kali insyAllah, mohon tembak kan doa buat aku.

Saturday, 28 February 2015

Kita pinjam jea kan.

Assalamualaikum. Masuk hari nih dah nak dekat sebulan Allah tarik satu pinjaman yang Dia pernah pinjam kan aku; kesihatan kulit. WaAllahi, segala ubat yang doktor bagi, orang farmasi saran kan, aku dah guna pakai. Tapi jangan lupa, Allah yang bagi sakit nih, Dia jugak lah yang bagi penawar. Mungkin bukan masa yang sesuai.

Jujur susah utk Redha sakit nih, kat anggota yang memang akan dilihat orang pulak. Merudum tahap konfiden buat sementara waktu InsyaAllah. Ada one time tuh aku macam ter-refleks sendiri, Allah bagi sakit nih, mungkin Dia nak uji aku, nak tengok betul ke aku nih mmg kisah solely pandangan Allah atau sebenar nya aku nih pulun jugak untuk ada tempat kat pandangan manusia. Pang! Pang! Pang! 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah:286)

Mohon doakan aku larat nak jawap soklan mereka mereka yang akan tanya kenapa dengan kulit aku. W'Alam.

Saturday, 31 January 2015

Weh Deen List tak ?

Assalamualaikum. Hari nih Result utk semester September keluar. Nak tahu result aku ? Hahaha toksahlah. Duniawi semata. (lap mata, hidung yang berair)

Nampak tak betapa sebenarnya aku agak kichiwa dgn result kali nih. Teruk betulkan, bukan nak redha. Tapi tu tadi lah time first first check, dah tuh tanya course-mate yang pandai pandai pulak. Kemain Down sekejap. Salah konsep, Redha patutnya diaplikasi at the moment of the event occur tapi aku apply a few moment later. Astaghfirullah.

Betullah, kalau niat kita semata kerana Allah, kita takde lah kisah sangat result yang kita dapat. Sebabnya kita tahu Allah bagi apa yang terbaik untuk kita. Meanwhile, kalau niat kita semata untuk Dean List mmg perit lah bila tak achieve the aim. Jatuh, Luka, Sakit, Nangis.

Sejenak aku terfikir, kalau result akademik aku tak Perfect macam apa yang aku nak kemain aku macam sedih, kabung, makan banyak (sebab stress kononnya) tapi cer (baca: cuba) fikir kalau setiap 6 bulan Allah bagi kita Result untuk Iman kita, haaa apa agak agak respon kita ? Astaghfirullah. Rasa malu nak tanya orang lain punya result sebab biasanya bila tanya result orang, kita kena switch dgn result sendiri. Malu. Dengan Allah dan manusia.

Alhamdulillah, result aku nih hanya menentukan aku Dean list, tak usik Iman aku. Cuma Allah jentik sikit je nak tengok reaksi aku. Siapa kita kan untuk tak dijentik oleh Allah ? moga kita semua layak terima gelaran Deen List kelak, InsyaAllah. Aamiin.


Typical students – “Next sem akan cuba lebih lagi haha”