Assalamualaikum. Salam sayu dari aku. Sorry geng, post kali nih aku rasa macam ada vibes kesedihan. Aku masih dalam proses untuk menerima kenyataan. Pahit untuk aku telan.
Cerita sedihnya, aku gagal buat kali KEDUA untuk ujian sijil kredit. Aku tekan kan, KEDUA kali. Yes, sebelum nih aku pernah gagal. Tapi failed 1, kira borderline lah. Sikit lagi nak lulus. And lebih menyayat hati, kali nih aku failed 2. Maksud nya lagi teruk lah dari yg pertama kali. Walhal effort aku dalam study, yg kedua nih serius lebih lebih lagi dari yg pertama. Sebab aku dah pesan kat diri aku tak nak dah study benda yg sama berulang kali. Tapi tuh lah kalau dah jodoh, tolak lah macam mana pun, datang jugak. Ehh.
Secara manusiawinya, jujur hati aku dirobek robek. Berapa kali aku pecah kat ofis. Aku insan yg lemah duhh. Mana tak nya, aku ada dua lagi jea peluang utk reseat, kalau tak lepas jugak, aku kena amik ikut format yang baru yang rangkum modul 1-4. Yang aku stuck nih kat modul 4, modul terakhir. Gila tak terkilan kalau kena amik semula. Tambah lagi pulak, nak reseat paper dah dibawah pembiayaan sendiri. Allahu, kalau setakat RM50, member tak kisah geng. Tapi tambah lagi RM45, genap RM300 weh!
Aku rasa marah, sedih, terkilan semua bercampur tapi aku tak tahu kat siapa aku nak salahkan. Aku rasa aku dah buat sehabis baik dah.
Bila hati mula tenang sikit, (setelah cried a river), aku macam paksa diri untuk terima. Dan dalam masa yang sama aku rasa macam Allah nak ajar aku beberapa.
Antaranya;
1 - Kita rasa kita dah ibadat bagus sangat dah, bangun tahajud, puasa sunat, solat fardu, sedekah tapi tup tup on the Judgement Day, kita tengok buku amal kita, NULL. Kosong.
Sama lah kes aku nih, kan aku kata aku rasa aku dah buat sehabis baik dah. Aku baca buku sampai dua kali khatam, buat exercise bertubi tubi, bila result keluar ehh malah failed.
2 - Aku rasa Allah nak tengok sejauh mana aku beramal dengan ilmu yang aku punya. Sebab baru baru nih, aku ada dengar satu talk Aiman Azlan tapi pasal Jodoh lah. Cuma jiz nya, "Kita manusia suka tengok pada results. Contoh, taaruf - tapi tak jadi kahwin; orang assume kita gagal. Walhal bagi Allah setiap usaha usaha kita untuk ke arah itu, ada pahala dan ganjaran dan tak dikira gagal pun bagi Allah."
Tapi hari nih, aku menyalahkan diri aku sebab gagal. Aku rasa loser. Padahal aku dah berusaha.
3 - Poin yg nih aku rasa random. Aku rasa Allah is telling me, "Okay Zati sekarang sampai tahun depan kau fokus study, takyah fikir bukan bukan atau takyah nak initiate sesuatu." Ytjt haha.
Fuh moga third attempt will be the last attempt. Bukan apa, aku jujur ralat spend that amount of money utk nih. Aku lagi syok spend money utk buku ke talk talk ke. Lagi ada jiwa.
Tadi pun kat ofis bila dah koyak, aku dengar lah talk Ustazah Norhafizah Musa tajuk Hati yang Terluka. Macam kena pulak kan.
Ada satu kata kata nih dari Syeikh aku lupa namanya, "Sesiapa yang tak pernah sedih/terluka, dia mungkin tak masuk syurga". Kata kata nih boleh disokong dengan ayat 34 dari Surah Al-Fatir.
Waktu dengar tuh, Alhamdulillah reda sekejap hati member (balik rumah koyak balik).
Semoga dibukakan hati dan dicelik kan minda untuk sentiasa tengok/terima sesuatu bilhikmah. Allahu'Alam.