Wednesday, 25 December 2019

Blessing?

Assalamualaikum. I can't help to post this blog. As this is the only way aku boleh ekspres feeling aku.

Sehingga ke saat nih, aku sangat sangat terkesan dengan soalan yang kak Naqibah tanya semalam waktu Usrah. Soalan nya dengar serius mudah. Tapi aku sungguh tak punya jawapan. Hingga ke saat ini, aku masih mencari.

Soalannya, untuk setiap adik usrahnya refleks diri dan share satu benda atau moment yang dia rasa sgt bless throughout the year, 2019. Seronok dapat dgr kawan kawan usrah yang lain kongsi momen momen diorang. Ada yang ditahun 2019, dia berkahwin dan insyaAllah akan dikurnia kan anak sulung, ada yang berjaya tamatkan Master, ada yang capai achievement. Alhamdulillah utk diorang, aku tumpang senang.

Bila turn aku, sungguh aku blur. Aku tak tahu nak jawap apa. Apa yang aku dah lalui sepanjang tahun. Tahun 2019 yang tinggal berbaki beberapa hari nih, takkan langsung tiada satu pun aku rasa gembira dan bersyukur tentang nya. Jujur, aku tak punya jawapan.

Aku jadi macam tiada perasaan. Ibarat hari hari yg berlalu aku lalui dengan tanpa jiwa. Aku hilang makna. Dalam masa yang sama, aku rasa loser. Aku sedar, aku kurang rasa syukur. Sehingga aku buta untuk menilai blessings yang Allah bagi kat aku. Aku leka. Aku terlalu fokus akan setiap difficulties yang ditimpakan untuk aku. Aku terlalu agresif membandingkan blessings orang lain dengan aku. Aku tahu, aku loser. Astaghfirullah.

Tembakkan doa untuk aku. Moga tetap bersyukur atas setiap apa yang Allah kurniakan. Dia yang Mengetahui. Boleh jadi apa yang aku suka, tidak baik untuk aku. Dan sebaliknya. Moga hati nih terus dan terus berbaik sangka dgn Nya.

Aamiin.

Tuesday, 24 December 2019

Tercyduk ke?

Assalamualaikum. Mungkin ini post terakhir untuk tahun 2019. Atau mungkin jugak tidak, sebab macam lately nih rasa Alhamdulillah makin mudah untuk refleksi diri. Cuma tuh lah, nak taip blog nih tuh yang payah. Astaghfirullah.

Berbalik pada tajuk, tadi time solat Asar aku dan kawan aku berborak ringkas.

"Malam nih usrah kat mana?"
"Kat masjid. Nak ikut? Jom lah."
"Tak nak. Tak nak. Nanti jadi obligation."

Aku cuba untuk hadam lumat lumat akhir kata kawan aku tuh. OBLIGATION. Aku tak faham. Aku tak boleh nak terima. Otak aku rosak ke?

Hati kecil aku, aku tertanya, apa sepatutnya cara hidup yang betul untuk dijalani? Aku jadi serius macam kebas dalam berperasaan. Ewahhh kau. Hahaha ampun kan hati aku.

Sehinggalah ke waktu usrah malam tuh, aku bawa bersama otak yang masih cuba untuk hadam persoalan yang aku sendiri tak boleh nak faham.

Usrah dimulakan dengan tadabbur Surah Al-Insyirah. Ringkas. Aku pasti semua maklum yang surah tuh cukup sinonim untuk setiap orang yang punya kesusahan. Cuma yang aku nak tekan kan pada post nih ialah ayat yang 7;

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),"

Memang kerja kita disiang hari salah satu ibadah. Tapi Allah tak suruh kita stop kat situ. In other words, kita kena isi masa luang kita dengan benda yang bermanfaat. Sebab benda utama yang akan ditanya di akhirat nanti, "kita habis kan masa muda kita dengan apa?"

Tanpa sedar, ayat nih sangat kena untuk kecelaruan minda aku. Alhamdulillah aku lebih tenang.

Moga terus diberi kekuatan untuk menghabiskan muda sebaik-baiknya. Mahupun dalam keadaan terpaksa. Ingatkan aku, bahawa dunia bukan tempat untuk beristirehat. Dan syurga tidak murah.

W'Alam. Salam tahun baru geng.