Friday, 27 September 2019

Manusia Ini Poyo

Today is Friday. Which supposed to be a very good day since esok dah weekend. Indeed in the morning I did have that kind of positive vibe. Too excited and happy. Knowing that I m going back to Ipoh today, and boss is still on leave, so I can focus doing my pending work without any disturbance.

Tapi, betullah kata-kata "bersederhanalah dalam perasaan". Dalam pukul 11 pagi mood aku dah macam tercalar. Bila dah tercalar macam tuh, datang pulak tugasan kena follow up affected cases dengan orang lain.

Nih main point nya. Kami semua yg diberi tugasan tuh cukup ralat lah nak call manusia manusia tuh. Sebab apa? Sebab depa kekwad. (Ada tambah emosi sikit)

Rata-rata manusia yang harus dipanggil nih pangkatnya besar besar. Bukan beshe beshe. Sebab tuh lah kekwad.

So aku macam bebal, dalam masa yang sama ter-reflek ahh. Cuma kali nih punya refleksi, rajin sikit nak post blog, selalu pendam dan hilang hahaha.

Aku macam tertanya-tanya kenapa manusia kena poyo and kekwad eh bila berpangkat besar? To gain respect ke? Indeed aku lagi respect, mereka yang pangkat besar but down to earth sampai aku rasa malu. That kind of respect. Aku nih bukannya baik sangat, bila orang kekwad aku mula lah turn on kekwad side aku. Hello, walaupun aku beshe beshe aku kekwad by default tau. Ehh. Astaghfirullah. Aku harap aku gurau lah, tak nak aku punya sifat kekwad. At the end you gain nothing.

And somehow macam poyo nya kita as manusia nih, baru dinaikkan pangkat ke dah acah macam kau tahu semua, acah kau betul segala segi, acah semua orang bawah kau is lekeh. Allah tuh yang Maha Pemilik Segala Dunia dan Seisinya pun Maha Penyayang. Dia bagi jea kita bernafas tak kisah sepoyo mana pun kita. Kalau ikutkan, lagi lah tiada untungnya buat Allah untuk setiap nikmat yang Dia bagi tanpa kita sedar. Alhamdulillah.

This somehow melegakan kedinginan hati aku yang bebal pada hari Jumaat atas sifat sifat manusia yang berada di atas yang kadang lupa dari mana mereka bermula. Mujur, Allah tak pandang pangkat kita. Bagi Allah, regardless apa pun jawatan kita kat dunia nih, kita tetap seorang hamba. Yang tidak punya apa apa. Yang kita ada sekarang pun basically pinjaman jea. Bila bila masa Allah boleh ambil balik. Jadi, masih lagi mahu kekwad?

Sudah. Bawak bertenang. Astaghfirullah. Salam Jumaat geng.