Assalamualaikummmmm (beri salam dengan nada sedikit tinggi) (risau debu debu blog nih menghalang salam sis sampai ke antum, eh!) (awal awal blog dah mereng, lol)
Something was happened today sampai trigger aku untuk update blog, immediately. Hari lain ada jea benda berlaku, tapi berhenti di skala monolog sendiri, tak rajin nak meluahkan. Okay, enough with that. So apa yang berlaku hari nih?
Begini, Khamis lalu aku dan unit aku ada meeting dengan SM (Senior Manager). Memandangkan aku yang paling junior dalam unit tuh, maka aku ditugaskan untuk catat minit meeting (serius aku tak minat, erghh tapi dah ditugaskan, sis redo lahh). Sejurus lepas meeting tuh, terus lah aku men-draft minit tuh nak bagi manager aku clear sebab esoknya (Jumaat) dia cuti.
Alhamdulillah berkat kecekapan (acah haha!), aku sempat lah bagi manager aku clear. Bila manager clear nih, erti lain nya, minit aku selepas buat pembetulan sikit dah kira purfect ahh (acah lagi!). Oh yaa, meeting tuh involved dua unit. Jadi nya, minit aku kena dapat clearance daripada dua dua manager. Mudah faham, aku terang kan dengan gambar rajah di bawah, (hahaha acahnya) :-
✔ Manager (1) > ✔ Manager (2) > Senior Manager
Hari nih, pada hari Isnin yang kadang panas kadang sejuk, aku dapat minit aku balik dari SM with "Poorly written! Please check and rewrite" atas kertas yg bukan final draft minit aku. Aku assume dia silap baca minit lah, sebab atas paper final aku dia okay jea amend, tak suruh aku rewrite pun. Tapi walaupun aku cuba menyedapkan hati sendiri, Izzati Liyana tetap Liyana. Part part mengusik jiwa nih aku mengaku elemen Liyana (kelembutan) aku aktif. Hahaha. Macam geli pulak.
Bila baca statement tuh dari SM, serius ahh rasa down jugak. Makanya, dalam fasa usaha untuk bangkit semula (kerja banyak oiii, kalau down jenuh lah tak jalan), aku macam termuhasabah sendiri.
Somehow aku teringat ayat 103 & 104 dari surah al Kahfi. Tambah pulak, these are my favourite ayat in al Kahfi ❤
Terjemahan nya,
Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.
Apa yang aku boleh relate dengan situasi aku hari nih, ialah bilamana aku rasa aku punya minit tuh dah macam okay sangat dah. Yelaaa manager(s) pun dah clear kan. One step jea lagi before nak distribute to all the officers, that's clearance from SM. Tapi tup tup SM kata my minute was poorly written. Faham kan sedih nya macam mana.
In real life, aku macam terketuk jugak lah. Yelaaa mana tahu segala amal yang aku buat, yang aku perasan aku buat nih kerana Allah, tapi at the end sia sia. Aku takut aku mula berasa selesa dengan amalan aku yang sikit. Aku takut andai aku mula ada perasaan, "Cukup lah jaga solat fardhu jea. Tak perlu buat sunat." Aku takut andai aku mula merasa diri dah cukup ilmu bilamana ada yang rujuk kat aku. Ahh senang kata, aku takut aku rasa aku dah baik. Walhal aku nih takde apa. Nothing to Him. Takde. Apa. Apa. Just a plain human yang sombong merasakan diri telah melakukan kebaikan, walhal menzalimi diri sendiri tanpa sedar. Nauzubillah.
Moga Allah pelihara hati hati kita untuk tak pernah berasa cukup dalam beribadat kepadaNya. Tuh kan tugas sebenar kita di muka bumi nih :')
And Alhamdulillah, actually my minute takde lah poor mana cuma tak kaya jea. Sekufu lah dengan pencatatnya gittew, *flip tudung bawal*
Jumpa lagi mungkin di tahun 2019 hahaha. Tutup salam.