Monday, 22 October 2018

Rasa bagus dah

Assalamualaikummmmm (beri salam dengan nada sedikit tinggi) (risau debu debu blog nih menghalang salam sis sampai ke antum, eh!) (awal awal blog dah mereng, lol)

Something was happened today sampai trigger aku untuk update blog, immediately. Hari lain ada jea benda berlaku, tapi berhenti di skala monolog sendiri, tak rajin nak meluahkan. Okay, enough with that. So apa yang berlaku hari nih?

Begini, Khamis lalu aku dan unit aku ada meeting dengan SM (Senior Manager). Memandangkan aku yang paling junior dalam unit tuh, maka aku ditugaskan untuk catat minit meeting (serius aku tak minat, erghh tapi dah ditugaskan, sis redo lahh). Sejurus lepas meeting tuh, terus lah aku men-draft minit tuh nak bagi manager aku clear sebab esoknya (Jumaat) dia cuti.

Alhamdulillah berkat kecekapan (acah haha!), aku sempat lah bagi manager aku clear. Bila manager clear nih, erti lain nya, minit aku selepas buat pembetulan sikit dah kira purfect ahh (acah lagi!). Oh yaa, meeting tuh involved dua unit. Jadi nya, minit aku kena dapat clearance daripada dua dua manager. Mudah faham, aku terang kan dengan gambar rajah di bawah, (hahaha acahnya) :-

✔ Manager (1) > ✔ Manager (2) > Senior Manager

Hari nih, pada hari Isnin yang kadang panas kadang sejuk, aku dapat minit aku balik dari SM with "Poorly written! Please check and rewrite" atas kertas yg bukan final draft minit aku. Aku assume dia silap baca minit lah, sebab atas paper final aku dia okay jea amend, tak suruh aku rewrite pun. Tapi walaupun aku cuba menyedapkan hati sendiri, Izzati Liyana tetap Liyana. Part part mengusik jiwa nih aku mengaku elemen Liyana (kelembutan) aku aktif. Hahaha. Macam geli pulak.

Bila baca statement tuh dari SM, serius ahh rasa down jugak. Makanya, dalam fasa usaha untuk bangkit semula (kerja banyak oiii, kalau down jenuh lah tak jalan), aku macam termuhasabah sendiri.

Somehow aku teringat ayat 103 & 104 dari surah al Kahfi. Tambah pulak, these are my favourite ayat in al Kahfi ❤

Terjemahan nya,

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Apa yang aku boleh relate dengan situasi aku hari nih, ialah bilamana aku rasa aku punya minit tuh dah macam okay sangat dah. Yelaaa manager(s) pun dah clear kan. One step jea lagi before nak distribute to all the officers, that's clearance from SM. Tapi tup tup SM kata my minute was poorly written. Faham kan sedih nya macam mana.

In real life, aku macam terketuk jugak lah. Yelaaa mana tahu segala amal yang aku buat, yang aku perasan aku buat nih kerana Allah, tapi at the end sia sia. Aku takut aku mula berasa selesa dengan amalan aku yang sikit. Aku takut andai aku mula ada perasaan, "Cukup lah jaga solat fardhu jea. Tak perlu buat sunat." Aku takut andai aku mula merasa diri dah cukup ilmu bilamana ada yang rujuk kat aku. Ahh senang kata, aku takut aku rasa aku dah baik. Walhal aku nih takde apa. Nothing to Him. Takde. Apa. Apa. Just a plain human yang sombong merasakan diri telah melakukan kebaikan, walhal menzalimi diri sendiri tanpa sedar. Nauzubillah.

Moga Allah pelihara hati hati kita untuk tak pernah berasa cukup dalam beribadat kepadaNya. Tuh kan tugas sebenar kita di muka bumi nih :')

And Alhamdulillah, actually my minute takde lah poor mana cuma tak kaya jea. Sekufu lah dengan pencatatnya gittew, *flip tudung bawal*

Jumpa lagi mungkin di tahun 2019 hahaha. Tutup salam.

Tuesday, 12 June 2018

K.P.I.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan yg ke 28. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk beramal dalam Ramadhan 2018. Semoga Ramadhan pergi bersama sama dosa dosa kita, Aamin. Moga kita kita dimasukkan dlm kalangan mereka yg dimaafkan oleh Allah. Yang keluar nya dari bulan Ramadhan seperti bayi. Wahhh. Moga kita kita bukan dalam kalangan mereka yg celaka. Yang mana lebih teruk dari hari hari yg sebelum. Nauzubillah.

(Background music: Balik kampunggg oo oo oo balik kampunggg) Since I am in my journey way back home, nak tidur macam malas. Nak pakai earphone, pun macam malas nak ambil earphone. Maka terasa macam rajin pulak nak memblog. Harap sampai habis blog nih lah kerajinan menempel hihi.

Selain melalui bulan Ramadhan, sis jugak baru jea melalui my first appraisal as a no-longer-management-trainee. Am I writing this blog to war war kan pada dunia my mark? Ehh tidak. Cuma rasa macam I can relate something with it.

After the appraisal meeting, my officemate did tell me to list down whatever task you are doing or completed through out the year. The listing later will be the evidence or maybe a push up for my KPI. Misal kata, aku sebenarnya buat/siap 10 kerja. Tapi aku busy nau tak sempat nak list kan. Jadi aku lupa. Yg aku ingat, hanya 9 kerja. Consider yang lagi satu kerja aku tuh, unknown lah kepada org atasan. Jadi yang rugi nya aku lah kan. Dan muka (orang bijak baca as Padan Muka)

Mungkin lah waktu tuh masing masing ghairah nak kejar Lailatul Qadr. Aku pun mula lah membuat plan utk tak sia sia kan malam terakhir Ramadhan. Ntah macam mana, ada satu time tuh aku macam terfikir. Aku buat plan nih somehow, aku macam cuba utk list down kan apa apa perbuatan yang Allah akan redha and bagi pahala lebih untuk aku especially kalau perbuatan tuh aku buat dalam Lailatul Qadr. Pehh, asyik bukan sih.

Tapi sikit kita tahu atau perasan, kita tak perlu pun bersusah payah nak catat segala amal yg kita buat untuk raih markah lebih kat Allah.

Takkan ada sehelai daun yang gugur di dunia ini tanpa pengetahuanNya, inikan pula apa yang kita lakukan.

And lagi best, boleh jea jadi perbuatan yg kita tak tahu pun benda tuh bermanfaat utk kita, tapi perbuatan itu yg diberi ganjaran pahala. Contoh mudah, kalau kita nak list kan segala amal kita untuk dihadapkan pada Allah, mesti ramai yg akan 'tak pernah tinggal solat wajib (walaupun bergajah), zikir sampai kering air liur, puasa sehingga underweight and seakan dgn nya'. Which kata lain nya, kita akan bagi benda yg besar. Yang obvious.

Walhal menguntumkan senyuman, buang sampah, memberi laluan orang keluar dari train, masuk ke dalam bahagian train supaya lebih ramai org boleh masuk train, tak potong que org lain yg dah beratur tunggu train, pun termasuk dlm amal kebaikan apa. Nampak mmg macam remeh. Tapi mana tahu, dengan sekecil kecil hal kita dah gagal, lagu mana nak proceed dik non? Usually, benda benda kecik orang kita panggil as Commom Sense. Tapi aku prefer panggil, Adab mana Adab?

Ehh, macam lari tajuk sikit. Ahh, biar haha. Janji aku menulis. Ingat senang ke 😂

Okaylah, dah mula rasa malas.

Ayuh menghabiskan sisa sisa Ramadhan sehabis baik.

Kenang aku dalam doa mu ❤

Wednesday, 9 May 2018

Cranky, stop following me!

Assalamualaikum. Salam menunaikan hak sebagai rakyat Malaysia. Hari mengundi yoo.

And as semua orang maklum, hari mengundi ialah hari Rabu. Semalam after kerja only, aku gerak balik Ipoh. And hari nih after undi, dah kena naik train balik to KL balik. Since my parents pun balik mengundi di kampung.

Nak dijadikan cerita sedih, balik kali nih sumpahlah sekejap cuma. Tak sampai sehari pun. Yelaa, naik train semalam pukul 8.55pm. Hari nih pukul 1.15pm dah gerak balik KL. In short, boleh dikatakan aku balik nih semata untuk mengundi. Semata.

I don't even sempat nak sembang lama dgn my mom. Sampai Ipoh dah lewat, my mom dah tidur. Bangun pagi tadi, siap siap terus pi mengundi. Then, my parents pun bersiap siap untuk balik kampung. If diorg nak tunggu aku sampai naik train, akan ambil masa and kelam kabut. So, yeah we're waving goodbye sebelum aku keluar mengundi. Gilaaa sedih. Tuh satu hal.

Satu hal lagi, pasal nak claim mileage. Bab nih lagi sumpah aku tak boleh tahan annoyed. Sistem sumpah teruk. Sumpah. Berapa kali dah nih aku main sumpah, Astaghfirullah. It just wasted my time and energy for queuing. At the end, aku gave up. So what I got, NOTHING.

Balik yang kali nih aku serius lah cranky sebab matlamat aku tak sampai. Aku aim untuk support sesuatu parti. Tapi parti tuh tak bertanding kat kawasan aku. Jadi aku kena vote untuk parti yg kurang mudarat, which menyumbang kepada terkilannya aku. Astaghfirullah, hari nih saja dah berapa kali dah air mata bertakung. And last, aku gagal kawal, terjatuh time tengah tunggu train.

Dalam tuh, aku cuba ajak diri bertenang. Aku yang cranky kan, aku jugak lah yg kena pujuk diri. Tuh yang tetiba aku teringat FB live Ustazah Dato' Norhafizah Musa.

Ustazah pesan untuk sentiasa cakap, "Satajiduni inshaAllah minnasobirin"

Maksudnya: Kamu akan dapati aku dari golongan orang yang sabar, insyaAllah.

This somehow buat aku termalu sendiri. Layak ke nak kata aku dalam golongan Sabirin walhal aku dah selamat merungut dalam diri (and twitter 👉👈). Macam mana tuh? Maka berlanjutan lah cranky aku dengan visual slap nih. Hahahaha.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk teringat this verse. Sekurangnya aku tersedar sikit sebelum cranky balik 😂

Btw, any tips so I can dump this cranky (atau bahasa melayunya cengeng) (atau bahasa jawanya gambeng)? Sebab tuh kot, officemates sungguhlah in denial bila aku cakap aku anak sulung haha.

Akhirukalam, tembakkan doa untuk aku yg mudah sangat melemah bila dipukul ombak dunia.

Wsalam.

Saturday, 24 March 2018

It just Tough

Assalamualaikum.

This will remark my very first post in 2018 *wiping all the dust*. Post nih pun sebab tengah tunggu kain siap dikeringkan oleh mesin. LOL, siapa kisah pun.

So, how the things goes so far for almost 4 months being in 2018? This post's title is my answer; it just Tough.

Unexpected things kept happening. Tapi dalam masa yg sama Allah is comforting me from His word. Alhamdulillah.

Last friday, I was informed about something (for normal person, clichély it is considered as a bad news). Perhaps, I could say, the worst. At the moment I was informed, I was totally confused. In the state of to believe or not. Dah lah time office hour pulak. Distracted for a while. And I survived to hold it till I found a verse that is nicely ngam ngam suit for me.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (2:286)

Aku yakin ayat nih semua org familiar, so ayat tuh macam normal jea sebenar nya. Tapi ayat tuh akan jadi abnormal bila kena tepat pada masa dan ketika kau memerlu kan. Manusia nih kan mudah lupa, dan fitrah nya perlu diingatkan. Indeed, aku rasa bukan saja saja Allah gerak kan hati Ustazah utk tadabbur ayat tuh hari tuh.

At the end, it depends on us. From which perspective kita nak tgk sesuatu masalah tuh. Samada kau nak rebel dengan takdir, or bersangka baik dengan Allah. Yang kedua tuh sungguh susah, tapi kalau flashback balik semua rezeki yg Allah pinjamkan ataupun bagi kat kita with/without kita mintak, macam tak terlayak nya rasa untuk tolak satu ujian nih.

[Test = Allah's love] Jom pegang equation nih supaya lebih mudah nak bersangka baik dengan Allah. Yet, berkata lebih mudah dari kotakan. I admit that, sebab I am just a human, kot.

Allah yuftah alaikum buat semua yg juga punya ujian masing masing. Allah tutup satu jalan, tak bermakna tak boleh jalan kan? He leads us to a better path, insyaAllah. Senyum.