Baru berkesempatan nak publish ngeh ngeh.
---
Travel from Ipoh, Perak to KL is a routine recently. Yelahh, ada satu kelas jea seminggu untuk 4 bulan nih. Membazir lah kan kalau stay kat KL; duit sewa bilik, duit makan, duit kenderaan. Selalu nya akan gerak dari Ipoh hari Jumaat. Tumpang kasih kat rumah kawan semalaman, esok pagi terus gerak ke kelas yg berdurasi 3jam sahaja. Tapi minggu nih, ada satu event kat Sasana Kijang yg berkaitan dgn kerjaya on Tuesday. Maka terpaksa lah gerak ke KL hari Isnin ptg.
Dijadikan cerita, bas aku sampai jauh lebih awal daripada bas kawan aku. Sebagai sahabat yg SubhanaAllah baiknyaaaa, aku pun tawarkan diri menunggu beberapa jam bergalaskan beg galas yg agak berat. Sebenarnya, aku willingly tunggu pun sebab tak nak bayar taxi fare sorang sorang. Rugi meh. Sharing kan lebih baik. Gituuuhhhh.
Niat untuk solat jamak takdim Maghrib Isya memandang kan kawan aku tuh lama lagi nak sampai. Biasalah surau kat LRT nih kan sempit sempit belaka. Tapi okay lah kalau nak solat. Langkah kanan aku ke dalam bilik surau tuh disambut dgn pelawaan sorang adik nih, "masuklah." (Dia tak pelawa pun aku mmg akan masuk) The moment aku nak letak beg galas yg berintikan bata nih, dia dtg dekat terus peluk aku sambil kata, "akak nih kan yg solat kat surau KL Sentral?" Aku macam bukan aku jea kot yg solat kat situ kan 😅 Opah dia pun pelik bila dia peluk aku tak nak lepas. Nak solat kan, kena lah berwuduk sebab aku tak yakin setelah berhimpit dlm LRT. Adik tuh terus cakap kat opah nya yang dia terkentut then kena amik wuduk lagi. Yang best adik tuh siap request nak dukung dari surau ke toilet, dari toilet ke surau. Mujur ringan. Kalau tak, bersepai jugak tulang aku. Manja sungguh lah adik tuh dengan aku. Sampai aku nak pakai tudung pun dia nak pin kan. Kalau adik kandung aku buat perangai macam tuh dah lama aku kasi jelingan you-should-stop-whatchu-are-doing-now.
Sungguh lah Allah uji aku utk bersabar haha. Time solat lagi lah. Setiap perbuatan dia akan dongak tgk muka aku. Macam adore habis lah. Ada lah jugak dia bisik kat aku, "akak nih comel lah." MashaAllah hadza min fadhli rabbi.
Nak balik tuh dia bersungguh sungguh lah nak mintak nombor telefon bimbit aku. Aku pun layan kan jea lah. Opah nya kata adik tuh anak yatim. Part klimaks nya ialah bila dia mintak aku tlg save kan nama aku sebab dia tak tahu eja lagi. Aku tanya lah, "nak save apa nih?" "Nama akak lah." "Okay, Izzati." "Buat lah Izzati PRINCESS." HAHAHA lucu tak? Aku tergamam nak Innalillah kot. "Kenapa nak kena ada Princess nih?" "Alaaa buat lah Princess." Aku pun menurut lah perintah. Sempat lah kami berselfie berkeping keping images dlm gallery nih. Tapi muka aku semua langsung tak menggambar kan princess HAHAHA. Sayu.
Atas tujuan apa aku bercerita panjang lebar nih ? Bukan lah nak bangga ada org notis aku nih layak jadi princess. (Mohon azan kat telinga) Tapi untuk aku refleks balik lah. Kan setiap benda yg berlaku tuh aturan Allah. Maka mmg Allah dah atur baik punya utk aku menabur sedikit kasih kat adik yg tak beribu mahupun bapa. Mungkin jugak cara Allah nak tegur aku supaya jangan terlalu menolak sifat melekat (baca: clingy) adik bongsu aku. Sebab semelekat melekat dia, dia tak mintak kau dukung dia. Alhamdulillah.