Wednesday, 29 July 2015
Pudar
Sunday, 5 July 2015
Birthday present
Wednesday, 1 July 2015
Saf
Alhamdulillah Allah bagi kesempatan lagi untuk aku terutamanya kembali kepada fitrah asal: Suci. Persoalannya, aku memanfaatkan tak peluang yang ada, 30 hari nih ? Malam nih dah 16 Ramadhan. Takpe, soalan tuh biar aku jawap sendiri. Hampa toksah tahu.
Apa yang ada kat bulan Ramadhan tapi takde kat bulan lain is Terawih. Common fact lah kan. Bulan nih lah yang mana masjid masjid meriah dengan manusia.
Tak, sebenarnya aku nak cerita pasal terawih kelmarin. Terawih kat surau means kau berjemaah lah kan bukan solat sorang. Bila berjemaah pesen (baca: jenis) aku kalau tangan aku tak touch bahu or siku makmum sebelah aku akan gerak atau pegang tangan dia tarik ke arah aku. Benda tuh aku assume as common and org akan faham but kelmarin w'Alam aku rasa macam mungkin lah orang tuh tak suka aku pegang tangan dia. Malu kot (tapi berlapik dengan telekung!) Lagi macam dukacita sikit is, sejurus selepas isya' after bersalaman dia bgn and duduk saf belakang. Aku macam aku buat salah ke ? Takpe husnuzon. Mungkin dia culture shock bila ada yang pegang dia, tak pun aku take space byk sgt ke (tapi aku kecik jea eh)
Alhamdulillah I able to reflect. Seriously aku terkesan kot sementara tunggu imam selawat before terawih. Aku fikir, mungkin dia sentap lah ke touching ke apa. As human kalau kau touching ke sentap dengan seseorang you can immediately stay away from that particular person kan. Kadang siap jeling tusuk kalbu. Tapi, Allah semurka Dia pun tetap bagi kita hirup udara secara percuma tanpa kena kan any cukai mahu pun servis cas (eh). Walhal kita nih lekeh gila kot. Apa jea yang ada weh? NOTHING! Tuh pun masih lagi nak bongkak, tinggi diri, sombong dengan Allah.
Baikkan Allah sebab Dia tak pernah tinggalkan hambaNya macam mana makmum kat sebelah aku tinggalkan aku. Felt rejected kot haha. It's okay, Allah sent the girl for reason InsyaAllah.
Maka, jom lah kita berduyun duyun manfaatkan peluang yang sekejap cuma. Doa kan aku jugak agar cakap serupa bikin. Selamat berusaha kembali kepada fitrah, InsyaAllah.