Assalamualaikum. Hari nih Result utk semester September keluar. Nak tahu result aku ? Hahaha toksahlah. Duniawi semata. (lap
mata, hidung yang berair)
Nampak tak betapa sebenarnya aku agak kichiwa dgn result kali
nih. Teruk betulkan, bukan nak redha. Tapi tu tadi lah time first first check,
dah tuh tanya course-mate yang pandai pandai pulak. Kemain Down sekejap. Salah
konsep, Redha patutnya diaplikasi at the moment of the event occur tapi aku
apply a few moment later. Astaghfirullah.
Betullah, kalau niat kita semata kerana Allah, kita takde
lah kisah sangat result yang kita dapat. Sebabnya kita tahu Allah bagi apa yang
terbaik untuk kita. Meanwhile, kalau niat kita semata untuk Dean List mmg perit
lah bila tak achieve the aim. Jatuh, Luka, Sakit, Nangis.
Sejenak aku terfikir, kalau result akademik aku tak Perfect
macam apa yang aku nak kemain aku macam sedih, kabung, makan banyak (sebab
stress kononnya) tapi cer (baca: cuba) fikir kalau setiap 6 bulan Allah bagi
kita Result untuk Iman kita, haaa apa agak agak respon kita ? Astaghfirullah.
Rasa malu nak tanya orang lain punya result sebab biasanya bila tanya result
orang, kita kena switch dgn result sendiri. Malu. Dengan Allah dan manusia.
Alhamdulillah, result aku nih hanya menentukan aku Dean
list, tak usik Iman aku. Cuma Allah jentik sikit je nak tengok reaksi aku.
Siapa kita kan untuk tak dijentik oleh Allah ? moga kita semua layak terima
gelaran Deen List kelak, InsyaAllah. Aamiin.
Typical students – “Next sem akan cuba lebih lagi haha”