A space for Heart to speak
Wednesday, 2 February 2022
Time's up
Monday, 5 July 2021
Once a year
Tarikh yang sama, 2* tahun lepas lahirnya seorang bayi yang fitrah sifatnya. Kini, apa yang terjadi pada bayi tersebut? Sudah pun menginjak alam dewasa walaupun ada ketika bersifat keanakan.
Ajaibnya tarikh ini, aku memaksa diri untuk menaip post ini sebagai tanda semat dalam diri. Jugak sebagai tanda blog ini masih berfungsi, eh haha.
Beberapa hari sebelum hari ini, aku mmg dah plan to-do-list. Salah satu nya: Muhasabah diri. Aku yakin blog nih takde yang membaca melainkan aku, jadi aku rasa okay jea untuk luahkan di sini.
Tambahan, Alhamdulillah. Hari nih sejak pagi lagi Allah kerap menurun kan hujan. Memberi ruang untuk doa doa dimakbulkan. Baiknya Allah, bukan.
Bercerita soal baik Allah, tiadalah cukup untuk dituliskan. Cuma kita yang kadang tak sedar. Sorry, aku tukar. Cuma aku yang tak sedar. Jadi untuk hari ini, aku paksa diri untuk aku turunkan nikmat nikmat yang Allah pinjam kan buat aku. Supaya aku sedar. Bila tak buat macam nih, kita mudah untuk ambil kesempatan atas normalisasi kehidupan kita.
Alhamdulillah. Sepanjang 2* tahun diberikan peluang untuk terus mempersiapkan diri dan bekalan pulang ke kampung halaman, tidak sehari Allah tinggalkan aku; hadkan oksigen yang aku sedut, halang pancaindera aku dari berfungsi sebagai manusia. Walaupun pada selang waktu, ada tika aku turut lemah semangat dan rasa tak nak buat apa apa.
Hari tuh aku ada dengar dari tazkirah Ustazah Norhafizah Musa - untuk setiap nikmat yang Allah berikan, apa yang kita buat dengan nikmat tersebut?
#Allah bagi aku peluang setiap hari untuk menjadi lebih baik (in version of u); peluang (masa) tuh aku gunakan untuk apa ye? Lebih banyak Netflix ke lebih banyak belajar ilmu?
#Allah pinjamkan kaum kerabat yang baik dan penyayang; aku berbakti kepada mereka? Atau aku mengabaikannya?
#Allah rezekikan kembali aku melihat tanpa bantuan kaca mata; pandangan aku lebih terjaga? Atau makin meliar pandangannya?
Tak larat rasanya untuk aku taip setiap nikmat yang Allah berikan sepanjang persinggahan aku di dunia. Cukuplah untuk beringat dan pesan pada diri, dunia ini nilainya tak lebih dari sayap nyamuk.
Izzati Liyana, ada ketika kau akan merasakan dunia ini melelahkan. Benar, sebab kau tak diciptakan untuk dunia. Menangis dan bersedihlah, tapi bangkit dengan semangat yang lebih kuat untuk terus jalan, pulang ke kampung halaman. Pada saat dan ketika itu, bergembiralah. Dengan redhaNya.
❤
Thursday, 31 December 2020
Kepulangan yang dinanti
Assalamualaikum. Salam terakhir untuk tahun 2020. Fuhhh, Alhamdulillah survived untuk tahun yg mencabar nih.
Secara normalnya, awal tahun biasa kami (aku dan roomate) sambut dari kamar yg disewa kat KL jea. Tuh pun kadang tidur dulu sebelum detik 12 malam. Tapi tahun 2020 yang akan berganti tahun 2021, kami sambut di kampung halaman.
Memandangkan tahun 2020 nih banyak kali jugak lah kerajaan tak bagi travel interstate, jadi kepulangan akhir tahun nih ada kepulangan kedua selepas interstate ban dibuka sejak October geng.
Apa yang signifikan sangat peristiwa nih sampai nak potretkan di blog nih? Cenggini.
Tiap tiap kali aku nak balik rumah, aku akan gtahu kat family members terlebih dahulu just to allocate their time, incase ada plan lain ke apakan.
So what triggered me the most; bila Ibu whatsapp kata "Ibu perasan bila kalong nak balik/ada kat rumah, adik adik macam excited and happy." Alhamdulillah. Surely it made my day when your presence is needed. Bilamana kau nak balik, adik adik kau bersungguh mengemas apa yg patut, bertubi tubi tanya bila nak balik, sampai pukul berapa dan etc.
And on the other hand, aku macam terdetik, andai kepulangan aku kepada Allah nanti juga dinanti nantikan oleh para malaikat dan Allah terutamanya, perasaannya mesti jauh lebih indah dari apa yang aku rasa kan sekarang.
Akulah hamba yang paling terberuntung bila kepulangan aku sangat dinantikan malah disambut dengan senyuman mesra dan nikmat nikmat yang tak terjangka. Asyik weh! Kat situ, terus aku tersedar yang aku kena berusaha lebih gigih untuk hari hari yang tersisa nih, untuk menjadikan hari kembali aku nanti adalah hari yang paling dinantikan oleh Allah dan penduduk langit.
Mohon didoakan ye :)
Semoga tahun 2021 lebih menjadikan kita manusia taat pada Maha Pencipta 💕
Monday, 23 November 2020
Third attempt
Assalamualaikum. Salam sayu dari aku. Sorry geng, post kali nih aku rasa macam ada vibes kesedihan. Aku masih dalam proses untuk menerima kenyataan. Pahit untuk aku telan.
Cerita sedihnya, aku gagal buat kali KEDUA untuk ujian sijil kredit. Aku tekan kan, KEDUA kali. Yes, sebelum nih aku pernah gagal. Tapi failed 1, kira borderline lah. Sikit lagi nak lulus. And lebih menyayat hati, kali nih aku failed 2. Maksud nya lagi teruk lah dari yg pertama kali. Walhal effort aku dalam study, yg kedua nih serius lebih lebih lagi dari yg pertama. Sebab aku dah pesan kat diri aku tak nak dah study benda yg sama berulang kali. Tapi tuh lah kalau dah jodoh, tolak lah macam mana pun, datang jugak. Ehh.
Secara manusiawinya, jujur hati aku dirobek robek. Berapa kali aku pecah kat ofis. Aku insan yg lemah duhh. Mana tak nya, aku ada dua lagi jea peluang utk reseat, kalau tak lepas jugak, aku kena amik ikut format yang baru yang rangkum modul 1-4. Yang aku stuck nih kat modul 4, modul terakhir. Gila tak terkilan kalau kena amik semula. Tambah lagi pulak, nak reseat paper dah dibawah pembiayaan sendiri. Allahu, kalau setakat RM50, member tak kisah geng. Tapi tambah lagi RM45, genap RM300 weh!
Aku rasa marah, sedih, terkilan semua bercampur tapi aku tak tahu kat siapa aku nak salahkan. Aku rasa aku dah buat sehabis baik dah.
Bila hati mula tenang sikit, (setelah cried a river), aku macam paksa diri untuk terima. Dan dalam masa yang sama aku rasa macam Allah nak ajar aku beberapa.
Antaranya;
1 - Kita rasa kita dah ibadat bagus sangat dah, bangun tahajud, puasa sunat, solat fardu, sedekah tapi tup tup on the Judgement Day, kita tengok buku amal kita, NULL. Kosong.
Sama lah kes aku nih, kan aku kata aku rasa aku dah buat sehabis baik dah. Aku baca buku sampai dua kali khatam, buat exercise bertubi tubi, bila result keluar ehh malah failed.
2 - Aku rasa Allah nak tengok sejauh mana aku beramal dengan ilmu yang aku punya. Sebab baru baru nih, aku ada dengar satu talk Aiman Azlan tapi pasal Jodoh lah. Cuma jiz nya, "Kita manusia suka tengok pada results. Contoh, taaruf - tapi tak jadi kahwin; orang assume kita gagal. Walhal bagi Allah setiap usaha usaha kita untuk ke arah itu, ada pahala dan ganjaran dan tak dikira gagal pun bagi Allah."
Tapi hari nih, aku menyalahkan diri aku sebab gagal. Aku rasa loser. Padahal aku dah berusaha.
3 - Poin yg nih aku rasa random. Aku rasa Allah is telling me, "Okay Zati sekarang sampai tahun depan kau fokus study, takyah fikir bukan bukan atau takyah nak initiate sesuatu." Ytjt haha.
Fuh moga third attempt will be the last attempt. Bukan apa, aku jujur ralat spend that amount of money utk nih. Aku lagi syok spend money utk buku ke talk talk ke. Lagi ada jiwa.
Tadi pun kat ofis bila dah koyak, aku dengar lah talk Ustazah Norhafizah Musa tajuk Hati yang Terluka. Macam kena pulak kan.
Ada satu kata kata nih dari Syeikh aku lupa namanya, "Sesiapa yang tak pernah sedih/terluka, dia mungkin tak masuk syurga". Kata kata nih boleh disokong dengan ayat 34 dari Surah Al-Fatir.
Waktu dengar tuh, Alhamdulillah reda sekejap hati member (balik rumah koyak balik).
Semoga dibukakan hati dan dicelik kan minda untuk sentiasa tengok/terima sesuatu bilhikmah. Allahu'Alam.
Friday, 16 October 2020
Will you marry you?
Assalamualaikum. Nampak nya azam tahun nih untuk publish at least a post per month ditundakan ke tahun hadapan ye. Otak nih ligat jea membebel tapi tangan berat sungguh nak menaip hihi.
Nih pun rajin sangat nak post sebab rasa macam patut to be in my blog.
Alkisahnya, we (aku dan teman) had a conversation. Actually lebih kepada aku lah yang menyuarakan kata hati. *Bila dah taip takat sini, tetiba rasa macam ragu nak terus kan. Malu pun ye hahaha. Tapi rileks Zati, no one read insyaAllah. Okay ayuh kita teruskan*
Jujurnya, adalah jugak terdetik, Am I not worthy to be loved yadayadayada. I guess it's a normal feeling for once in a while. (Ayat untuk cover malu tuh perlu ye haha) Malas nak hurai lanjut feeling yang nih. Kita jump terus to next point ye.
Mentara teman aku memberi kata kata penaik, separuh aku tetiba macam teringat satu ayat yang pernah member aku (yang lain) cakap waktu kami try kenenkan dia dengan a guy. Simple, tapi sharp.
"Kalau Zati, Zati nak ke dia?"
Ayat dia nih, bila aku fikir fikir, deep weh. Aku try tanya diri aku, "Kalau aku, aku nak ke aku?" Tak, aku tak typo geng. Aku mmg tanya soalan tuh kat aku pasal aku. Hahaha pening ke tuh.
Dari ayat nih, somehow aku boleh recheck diri. Kalau dah diri sendiri pun tak nak dengan diri sendiri, dah tuh macam mana pulak nak expect ada orang nak terima kita, yedak? Sebelum nih kan asyik judge orang lain jea, time nih lah nak judge diri sendiri. Kata solehah nya: Muhasabah diri.
Indeed, jodoh tuh kan cerminan diri. Ehh takyah jodoh sangatlah, tengok circle/kawan pun dah cukup. Kalau perasan, kawan rapat kita will have same attributes macam kita. Takde lah kesemuanya tapi majoriti.
Thus, "will you marry you?"
Tahniah kalau jawapannya, Yes!
Tapi untuk yang masih berkira kira nak say 'Yes!', jom sesama kita improve diri sampai lepas nih kalau tak marry you is a loss. Gittew haha.
Note: Drop your judgement to aku, but raise your judgement to urself hihi :P
Tuesday, 12 May 2020
Thanks Kipas :)
Assalamualaikum semuaaaaa (macam biasa lah acah ada yg baca). Alhamdulillah malam nih masuk Ramadhan yang ke 20 untuk tahun 2020. Pantas kan masa berlalu. Sampai tak terkejar nak tulis blog (read: excuses)
Walaupun Ramadhan kali nih sangat berlainan dari tahun yang sebelum (lain dari segi tak balik langsung Ipoh due to Covid-19)(lain dari segi tak dapat berbuka/terawih/iktikaf di masjid)(lain dari segi tak dapat cuci mata kat bazar ramadhan), moga amal ibadat kita sepanjang ramadhan tak terhad seperti mana pergerakan kita during PKP nih ye. And to add sikit, tahun nih will be the very first year sis beraya jauh dari keluarga. Okay takpe, kita simpan dulu tangisan tuh.
Post nih bukan lah bertujuan nak cerita kesedihan tak pulang beraya. Tak tak. Kita okay jea, cuma tuh lah nak kena masak rendang sendiri yang macam alaa alaa. Ehh back to tujuan asal, nak share a situation yg aku rasa macam 'Wowwwww, baiknyaaaa Allah nihhh'
Cerita nya bermula atas faktor kepanasan yang tak tertahan sejak dua menjak nih. Sebabnya kipas kami berfungsi dengan perlahan yg amat ye. Jadi kami pun decide lah nak beli kipas lain yang lebih sejuk. Memandang PKP, jadi beli lah dari Shopee. Sedia maklum beli pun kipas, mesti lah kotak nya besar, jadi bagi nak memudahkan proses nak mengharung ke dalam bilik, kami decide untuk hanya pos kan ke rumah, bukan ofis. Tambah pulak, aku dijadualkan WFH selama seminggu. Jadi high chance lah untuk aku standby bila kipas sampai.
Tapi tuh lah, kita hanya mampu merancang. On the very first time dia hantar, aku silent hp and langsung tak perasan tahu tahu dia dah tulis note 'Penerima menolak parcel'. Apo? Lagi aku nanti nanti kan ada lah. So aku expect for the next redelivery. During my WFH.
Lagi sekali, kita hanya merancang. Elok lah pulak hari nih aku baru first day masuk ofis after seminggu WFH, baru hari nih lah dia buat penghantaran. Obviously aku tak dapat nak pick up. And have to self collect during weekend. Hari nih baru Selasa. Nak tunggu Sabtu, fuhhh lama tuh kena berpanasan lagi.
While in the LRT, on the way nak balik rumah roomate aku informed, dia check peti surat to get the notice untuk collect kipas tuh nanti tapi takde pun. Aku pun macam tercyduk nya rasa. Dah lah hujan, urusan pulak rasa sulit. Sambil tuh aku monolog lah sendiri, 'Kenapa lah tak smooth proses kipas nih? Mesti banyak sangat dosa nih.' Aku pun menghabis kan sisa perjalanan dalam LRT dengan istighfar. Astaghfirullah.
Setibanya di stesen, time aku berjalan kaki, aku nampak van J&T Express. Terus aku macam got idea untuk try call org tuh tanya kalau kalau dia ada area sini boleh tak hantar lagi sekali. Orang tua kata kalau tak dicuba, mana nak tahu kannn. Hihi.
Alhamdulillah, orang tuh boleh hantar buat kali ketiga after dia settle hantar dua barang dulu. Kita pun apa lagi, macam Aaaaaa Asikk!
Setibanya di rumah, aku pun tunggu orang tuh. Kata nya dia dah sampai tapi tak nampak pun. So call lah lagi. Mujur ye call unlimited. And guess what? Rupa rupa nya dalam aku tgh tunggu kat bawah, dia dah selamat tunggu aku depan pintu rumah. Aku macam ya Allah, rumah dah lah tingkat 4 tak berlif pulak. Angkut pulak kipas. Indeed waktu tadi dia call awal awal, dia suruh turun pick up. So aku pun tak expect lah dia akan naik atas.
Akhir cerita, kami pun dapat lah kipas nya dalam keadaan yang tak disangka. Alhamdulillah.
Tapi kenapa aku kata Allah baik? Sebab aku istighfar sekejap jea, tapi dia mudah urusan kan dalam sekelip cuma. Dari orang tuh sudi jawap call aku > nak hantar buat tiga kali > angkut pulak kipas tuh naik atas tanpa lif.
Allah Allah Allah, baik kan. Aku rasa macam sangat berbunga lah. Alhamdulillah.
Moga aku terus diberi jentikan untuk sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Dan untuk orang yang menghantar, terima kasih sangat. Moga Allah mudahkan urusan awak semua. Indeed, awak salah satu kesyukuran buat saya hari nih. Kuat jodoh moga kita ketemu lagi. Ehh hehe :)
Okay geng, kita ada few days untuk berpulun. Ayuhhh kerja Lailatul Qadr.
Friday, 13 March 2020
Today I Realised #tir
Assalamualaikum. Pada awal tahun aku plan nak post blog at least sekali sebulan, tapi biasalah kita hanya merancang (ayat berlepas diri hee). Nih aku paksa diri nak post pun sebab aku ter-trigger dengan satu situasi.
From the situation yang berlaku, aku jadi terkesan dan sedar yang mana setiap benda yang berlaku dalam hidup seharian kau sebenarnya ialah satu pembelajaran untuk sepanjang hayat. Mmm faham tak?
Contoh nya macam nih, kan kita selalu mintak kat Allah bagi kita kesabaran. Selalu nya apa yang akan berlaku? Bagi aku lah, akan ada ujian yang betul betul lebih menguji kesabaran aku. Tet! Aku salah bukan menguji kesabaran malah sebenar nya ujian ujian yang ditimpa kan itu lebih ke arah mengajar aku lebih bersabar.
Kau takkan pandai berenang kalau tak masuk air, kan? Same goes to life, memang kau tahu kau kena sabar. Tapi sabar tak boleh di inject dalam badan, tup tup haa sabar sudah. Wake up pipol. Those tests are the fastest and most efficient way to have sabar.
Eh cop aku punya main point bukan lah nak cakap pasal sabar sebenarnya. Cuma nak kata yang kita nih patut bersyukur lah bila rasa kita sering diuji. Sebab kita sedang dilatih untuk jadi lebih baik.
Seseorang takkan punya sifat empati, kalau dia tak pernah merasa susah. Seseorang takkan menghargai sesuatu, kalau dia tak pernah merasai kehilangan. Sounds cliche tapi yes, benar geng.
So, akhir kata moga kita dicelik kan hati untuk sedar atas setiap didikan yang cuba Allah nak ajar kan kat kita. Moga kita punya semua sifat sifat mahmudah (yang baik) dan bukan mazmumah (yang tak baik).
Tutup salam.